De Boer Positif Menghadapi Liverpool Di Anfield

Kempen Perlawanan | Reaksi Lawan : De Boer Positif Menghadapi Liverpool Di Anfield

Selepas perlawanan pertamanya sebagai pengurus Liga Perdana, Frank de Boer mengatakan, dalam rasa kecewa menghadapi kekalahan, terdapat banyak perkara yang boleh dipelajari.

Yang mana terang De Boer lagi, kekuatan Palace yang sebenarnya adalah sokongan dari para penyokong yang tidak berbelah bagi, dengan sedar yang semuanya tidak akan berubah dalam satu hari kerana ia memerlukan masa.

Palace tetap positif dan belajar dari perlawanan hujung minggu lalu dan akan melakukan yang lebih baik lagi supaya keputusan cemerlang boleh diraih tidak lama lagi.

De Boer begitu bekerja keras semasa latihan, dengan menggabungkan idea-idea yang baru untuk skuad beliau, dan gembira dengan mentaliti pemainnya yang juga positif menghadapi dunia kompetitif Liga Perdana.

De Boer akui, beliau bukan seorang pengurus yang tiba-tiba selepas kekalahan skuadnya, dengan cepat memutuskan untuk mengubah taktikal permainan.

Kerana De Boer tidak akan mengubah sistem permainan beliau, hanya kerana menghadapi kekalahan dalam perlawanan pertama, bagi beliau banyak lagi perkara yang positif yang beliau lihat, selain dari kekalahan semata.

Begitu juga bagi Palace, tidak perlu untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dalam gaya permainan untuk dijadikan alasan untuk menang, kerana ianya sangat sukar dan bukan sesuatu yang mudah.

Bagi De Boer juga, Liga Perdana sangat kompetitif sehingga harus bekerja keras sebagai satu pasukan untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Malah, para pemain Palace juga tidak ingin menggunakan sistem baru sebagai alasan, dan De Boer sendiri merasakan yang skuadnya faham apa yang perlu mereka laksanakan untuk menjadi lebih baik lagi.

Sumber : Crystal Palace FC

#ynwa
#oncearedalwaysared?

Related posts