Dejan Lovren Akan Berjumpa Pakar Di Netherland Untuk Rawatan Lanjut Mengenai Kecederaannya

Beliau mengalami kecederaan otot abdomen ketika bersama skuad kebangsaan Croatia di Piala Dunia 2018.

Difahamkan beliau belum dapat menjalani latihan penuh bersama skuad Liverpool, dan kelab nyata tidak gembira apabila mengetahui kecederaan beliau tersebut.

Menurut Dejan Lovren menerusi Sportske Novosti :

“Saya tidak dapat berlatih disebabkan masalah di otot abdomen. Saya mengalami kesakitan berlarutan dan akan bertemu dengan pakar di Netherlands”.

Lovren berada di tempat duduk penonton menyaksikan perlawanan Liverpool menentang Torino pada Selasa, dengan menyaksikan hanya seorang sahaja pemain pertahanan senior beraksi iaitu Virgil Van Dijk dan selebihnya masih tersisih akibat kecederaan.

Ketika itu pemain muda Nathaniel Phillips beraksi di samping Van Dijk, manakala Fabinho dan Marko Grujic digandingkan pada separuh masa kedua.

Dengan Joe Gomez dijangka akan sempat pulih menjelang perlawanan pembukaan Liverpool menentang West Ham, tetapi kerisauan masih melanda kem Liverpool dengan masalah krisis kecederaan di bahagian pertahanan tengah dengan Joel Matip, Ragnar Klavan dan Dejan Lovren masih tersisih.

Musim lepas menyaksikan Joel Matip mengalami kecederaan dalam jangka masa yang lebih panjang berbanding pemain pertahanan lain, dengan 4 kecederaan.

Lovren menyatakan beliau turut bermain dalam kesakitan semasa bersama skuad Croatia di Piala Dunia 2018.

“Saya merasai kesakitan dan bermain dalam kesakitan ketika itu. Tiga perlawanan itu hampir membunuh saya namun siapa yang enggan bermain bersama Croatia dalam kejohanan sebesar itu?”

“Selepas berakhirnya Piala Dunia, kesakitan itu bertambah dan saya tidak dapat duduk di dalam kereta dengan baik”.

“Saya menahan kesakitan ketika bermain bersama Croatia, namun sekarang saya menerima akibatnya”.

“Saya berharap ianya akan pulih ketika saya bercuti, namun ianya tidak berlaku. Saya tidak dapat melakukan aktiviti renang dan juga berehat secara normal”.

Sebelum ini peminat telah menyuarakan bahawa Jurgen Klopp wajar membeli seorang lagi pertahanan tengah, samada untuk berpasangan dengan Van Dijk atau menggantikan Dejan Lovren.

Namun Klopp telah memaklumkan pasukan tidak memerlukan seorang lagi pertahanan tengah pada akhir Julai.

ADMIN

Kita menjangkakan Joe Gomez dan Nathaniel Phillips yang akan bergandingan dengan Virgil Van Dijk pada perlawanan hari ini.

Sumber : This Is Anfield

Post Author: Mohd Nuruzzaman