Dejan Lovren Digantung 1 Perlawanan Oleh UEFA

Beliau mendapati bersalah memuatnaik status mengenai Sergio Ramos dan Spain menerusi socmed.

Ketika itu beliau menyiarkan satu posting di laman IG beliau setelah kemenangan Croatia 3 – 2 ke atas Spain, dengan menyatakan pasukan itu agak “kasar” di atas padang. Selain itu beliau juga memuatnaik status yang menyatakan beliau terang terangan menyiku Sergio Ramos dengan sengaja.

Sebelum itu Sergio Ramos telah didakwa mencederakan Mo Salah ketika perlawanan akhir UCL menentang Real Madrid di mana menyaksikan kekalahan terhadap pasukan Liverpool, yang memaksa Mo dikeluarkan sekaligus menjejaskan prestasinya semasa Piala Dunia dan juga permulaan musim buat Liverpool.

Menurut Sky Sports, UEFA mendapati Lovren bersalah dan dikenakan hukuman di mana “didapati bersalah menghina atau melanggari peraturan yang telah dijelaskan sebelum itu”.

Lovren akan terlepas perlawanan kelayakan Euro 2020 menentang Azerbaijan di halaman sendiri pada Mac.

ADMIN

Nasib ianya tidak melibatkan penampilan dalam liga dan juga kejohanan Eropah.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman