Dejan Lovren : Saya Bersedia Untuk Beraksi Semula

Beliau menganggap dirinya ‘cergas dan bersedia’ untuk membantu Liverpool mencatatkan kejayaan musim ini.

Pemain pertahanan Liverpool itu kembali ke Melwood pada Isnin lepas untuk menjalani latihan pramusim selepas bercuti selama 3 minggu.

Lovren membantu Croatia ke Final Piala Dunia 2018, lebih sebulan selepas membantu Liverpool dalam Final UCL 2018.

Dan beliau mengakui bahawa telah mendapat kelebihan dari cuti rehat selama 3 minggu dan bersedia untuk kembali beraksi bersama Liverpool semula.

“Saya boleh beraksi untuk setengah jam!”

“Namun saya perlu lakukannya satu demi satu. Saya akan menjalani latihan seperti biasa dan kita akan lihat bagaimana keadaan pada Ahad nanti”.

“Selepas kekalahan dalam Final UCL, ianya sukar buat saya untuk menerimanya. Dan saya dipanggil menyertai skuad Piala Dunia dan bermain hingga ke Final, ianya satu situasi sukar buat saya juga”.

“Saya sudah berehat selama 3 minggu dan saya bersedia dan cergas semula, dengan semangat untuk membantu pasukan mencatatkan lebih banyak kemenangan dan dapat meraih trofi musim ini”.

ADMIN

Good luck Lovren. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman