Dia Berada Di Simpang Jalan – Kata Kita

Tajuk agak menakutkan buat anda para pembaca namun ia tidaklah ada apa-apa berlaku.

Apa yang penulis maksudkan dengan tajuk itu adalah mengenai pengurus kesayangan kita Jurgen Klopp, beliau kini berada di tahun akhir bagi menepati janji beliau selama di Liverpool.

Jurgen Klopp pernah memberi janji kepada para peminat dimana beliau bakal menghadiah sebuah piala bagi kita semua, namun kini adalah musimnya dimana ia musim akhir untuk kotakan janji beliau.

Walaupun beberapa detik manis dan kejayaan selama ini ia belum cukup untuk para peminat kerana keinginan mendakap sebuah piala adalah impian semua peminat selama beberapa tahun ini.

“Berikan saya beberapa musim untuk memberi kelab ini kembali ke landasan yang baik” 

Seperti yang kita sudah ketahui Jurgen Klopp pernah membawa bekas Kelab bimbingan beliau Borussia Dortmund kembali menjadi pesaing kuat dalam Bundesliga di Jerman,kini giliran Liverpool pula untuk beliau membawa kecemerlangan yang sudah lama di telan zaman.

Beliau juga pernah mencapai kejayaan yang pasti ramai pengurus cemburu apabila Klopp berjaya membawa pasukan Mainz naik semula ke Liga utama bundesliga selepas 12 tahun beliau menjadi pengurus disana.

Klopp : kau jangan sampai aku tumbuk muka kau

Setelah itu Jurgen Klopp di pinang oleh kelab Borussia Dortmund selaku jurulatih bagi 8 tahun disana dan telah mencapai tahap cemerlang dengan membawa pasukan itu sampai ke perlawanan akhir Liga juara-juara dan memenangi 2 kali juara Bundesliga secara berturut-turut.

Kini giliran The Reds pula merasakan penangan The Normal One bagi mencapai tahap yang diharapkan selama 2 musim lalu untuk di buktikan musim ini iaitu musim ketiga dimana beliau pernah katakan dulu.

Pembelian Jurgen Klopp juga kita dapat tafsir dimana ia satu petanda beliau harus “All-out” apa yang termampu untuk buktikan janji beliau , pembelian luar jangkaan ini adalah cara akhir buat beliau untuk merialisasikan impian jutaan penyokong Liverpool.

Klopp tak ada muka sedih jadi saya ambil gambar ni sebagai wakil

Sekiranya beliau gagal musim ini beliau boleh mengemas baju untuk berangkat ke kelab seterusnya, ia satu penulisan yang sangat jahat dan kejam tapi itu adalah hakikat buat pemain atau pengurus bolasepak.

Kata akhir penulis, walaupun apa terjadi musim yang mendatang ini kita harapkan kejayaan mampu di realisasikan agar kita tidak menjadi bahan ujian pembawang sedunia.

Jadi apakah patut Jurgen Klopp Di pecat selepas Musim ini ?

Post Author: D'Azmie LMreds

Blood Is Reds So Don't ask why Me Be Liverpool Fan