Dipandang Tinggi, Robertson Akui Banyak Yang Perlu Beliau Perbaiki

Dia adalah ‘kesayangan’ The Kop sekarang ini.

Tetapi Andy Robertson telah membuka satu cerita, yang kehidupan awalnya di Anfield bukanlah sesuatu yang mudah.

Robbo datang ke Anfield, dari kelab Hull pada musim panas lalu, yang dibayangi kehebatan Alberto Moreno pada ketika itu, tetapi sejak diberi peluang oleh Jurgen Klopp, pemain pertahanan kiri itu tidak langsung menoleh ke belakang.

Jelas beliau, sememangnya
Liverpool adalah kelab besar, dengan skuad yang berkualiti, jadi dia tahu yang ianya akan menjadi sukar ketika dia tiba di Anfield.

Dengan itu, beliau harus mencari kehebatannya yang tersendiri, dengan Moreno lagi bermain sangat baik. Cuma, beliau hanya perlu menunggu peluang beliau tiba.

Yang akhirnya, baik untuk Robbo, tapi malang bagi Moreno, yang mengalami kecederaan.

Setelah peluang keemasan itu tiba, Robbo lantas merebutnya, dan percaya yang beliau dapat membuktikan kepada semua orang, beliau berupaya untuk bermain di peringkat ini, dan kerana sedikit tuah juga, beliau berjaya melakukannya.

Tanpa lagi menoleh ke belakang, Robbo akan terus meneruskannya. Dalam masa yang sama, beliau sedar diri yang beliau belum lagi berada di puncak.

Terangnya, beliau harus terus untuk bekerja keras, kerana mempunyai beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Jika ianya berjaya dilakukan, sudah pasti si Robbo ini akan memberikan yang terbaik kepada para peminat Liverpool seantero dunia, dan turut mengkagumkan juga rakan-rakan sepasukan The Reds.

Kerana itu, Robertson turut memuji ‘Liverpudlians’, dengan harapan untuk membawa mereka ke Kiev.

Yang mana katanya, dengan sorakan dan sokongan yang penyokong berikan buat setiap para pemain Liverpool sendiri, secara tidak langsung memberi beliau lebih motivasi untuk beraksi lagi, lagi hebat.

Jadi, juga tidak salah katanya lagi, malah ianya bagus untuk meraikan para penyokong Liverpool pada akhir perlawanan, kerana mereka mengikuti skuad hebat merah ini walau ke mana-mana pun.

Harapan dan impian Robertson buat seluruh para penyokong Liverpool segenap alam, :

Semoga kami dapat memberi mereka beberapa malam yang lebih hebat lagi berjaya, seterusnya akan membawa kita ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared­čî╣

Related posts