Disebabkan Liverpool Tak Berjaya Dapatkan Thomas Muller, Philippe Coutinho Tidak Dijual?

Umum mengetahui bahawa Liverpool memang menolak bidaan daripada Barcelona untuk menjual Philippe Coutinho sejak bidaan pertama dalam perlawanan pra-musim lagi.

Jurgen Klopp telah menyatakan dari awal bahawa Philippe Coutinho tidak akan dijual selagi dirinya menjadi pengurus (jika tiada sebarang penggantian).

Namun, secara tiba-tiba sebuah akhbar daripada Jerman berani membuka cerita yang tidak diketahui kesahihannya.

Menurut akhbar Bild, Liverpool akan menjual Philippe Coutinho jika dapat membawa masuk pemain Bayern Munich, Thomas Muller ke Liverpool. Dan apa yang terjadi sebaliknya.

Ketika Liverpool ingin mengetahui dan menanyakan tentang penyerang berusia 27 tahun ini, Bayern Munich memberitahu bahawa pasukannya tidak perlu untuk menjual pemain ini ketika ini. Dan reflek kepada perkara ini, Liverpool membulatkan hati untuk tidak menjual Philippe Coutinho.

Liverpool merasakan Thomas Muller mampu untuk menjadi peganti terus kepada Philippe Coutinho.

Namun, berita ini boleh dipersoalkan.

Pertamanya, Thomas Muller bukan bermain sebagai pemain tengah sebagai posisi hakikinya. Muller bertindak sebagai penyerang dalam peranan yang berbeza dalam setiap pemain. Atau mungkin ‘second foward’ dan bermain di sebelah sayap. Bukanlah seperti Coutinho yang bermain sebagai No ‘8’ sejak penghujung musim lepas,

Sebagai pemain no 8, Philippe Coutinho akan berada dalam trio pemain tengah yang lain. Yang mana secara terang, Thomas Muller bukanlah pemain yang ‘pakar’ untuk bermain di posisi tersebut.

Keduanya, umumnya mengetahui bahawa Liverpool tidak mahu menjual Philippe Coutinho sejak hari pertama lagi. Dalam temuramah ketua pengarang Mirror yang berada ketika bidaan pertama dilakukan, memberitahu bahawa Liverpool tidak melayan langsung permohonan untuk membeli pemain itu.

Tidak mengiyakan atau tidak juga menafikan. Liverpool membiarkan berlalu walaupun wakil daripada Barcelona turun ke Hong Kong ketika itu. Dan sedihnya, tiada seorang wakil rasmi daripada Liverpool yang melayannya. Michael Edward, orang yang bertanggungjawab atas segala pembelian berada di Merseyside, Liverpool tidak berada bersama skuad pra-musim.

Dan juga, Liverpool juga menolak sebarang bidaan yang dilakukan selepas itu kira-kira 1 lagi bidaan bernilai sekitar 118 juta pounds.

Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan berita ini agak tidak meyakinkan bahkan tiada sebarang sumber yang sah mengesahkan atau menceritakan tentang Thomas Muller sepanjang tempoh perpindahan sebelum ini.

Ditulis oleh : Mohd Zahari (Bos LMreds)
Untuk : Liverpoolmalaysianreds.com

Related posts