Disebalik ‘Final’ Liga Juara-Juara Eropah 2005 – Kisah Di Bilik Persalinan

Tamat separuh masa pertama semua pemain menuju ke bilik persalinan dengan muka yang kelat.

Ketinggalan 3-0 pasti satu tugas yang berat. Suasana amatlah tegang, Gerrard menyumpah-nyumpah dalam pelat Inggeris nan pekat.

Namun biar aku terjemahkan ke Bahasa Melayu versi Kelantan, :

Baso sumbak, 3-0 bohh bek tidur ko guano sapa kito keno berat ?!!.

Gerrard menengking sambil mengorek hidung dan mencium pula dengan penuh nikmat. Sedangkan selama ini Gerrard cuba untuk menyembunyikan tabiat buruk beliau itu namun dalam marah semua jadi tak ingat.

Rakan-rakan sepasukan melihat sesama sendiri gelagat kapten mereka yang lain benar dari hakikat.

Xabi Alonso, Kewell, Cisse, Smicer dan yang lain tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis namun masing-masing sekadar diam membisu tanda hormat.

Gerrard itu kapten, jesteru ‘sebangang’ mana pun tabiat beliau maka sekadarlah mereka tunduk kelat. Namun nescaya jika tidak kerana hormat itu, ketawa mereka akan pastilah tidak ingat akhirat.

Djimi Traore memohon diri seketika mengambil wudhuk untuk solat sunat hajat mohon munajat. Bukan setakat mohon dipermudahkan urusan Liverpool mencari gol tapi juga mohon agar selamat dunia akhirat.

Kerana beliau baru teringat mungkin kerana perangai lamanya yang suka sekodeng anak dara tok siak masjid kampung beliau membuatkan segala geraknya hari ini tiada berkat. Maka solatlah Djimi Traore dipenjuru bilik menghadap kiblat.

Masing-masing pemain menunggu Rafael Benitez yang masuk sedikit lewat. Bukan sengaja lewat namun Benitez mencari ilham dibilik termenung sebab dua hari lepas beliau melantak asam pedas.

Mak Leha jirannya dari Malaysia barat. Pedasnya hingga membuatkan perut Benitez memulas-mulas yang amat.

Sebaik Rafael Benitez masuk ke bilik persalinan Djimi Traore masih berkain pelikat. Benitez perasan namun faham Djimi Traore baru selesai solat hajat.

Diberikan kata-kata hikmat kepada pemain agar kuat semangat. Dialunkan kata-kata hikmat penuh puitis sehinggakan Gerrard makin galak mengorek hidung sambil dicium tangan beliau kerana tidak ingat.

Ralit sungguh para pemain mendengarnya dari dilanda kemurungan para pemain seolah-olah diberi tonik ubat kuat.

Diakhir ucapan beliau Benitez meminta pemain bersama-sama mengalunkan lagu, ‘Inilah barisan kita’ .. supaya pemain gagah berhadapan AC Milan yang sangat keramat.

Hasilnya Gerrard dan rakan-rakan berjaya menjulang piala telinga hikmat.

Tahun 2005 milik Si Merah menjadi raja benua Eropah dengan cara yang terhormat.

Kredit : Tuah Sang Walid

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds