Diskusi : 7 Pemain Yang Mungkin Menjadi Buruan LFC Selepas Tidak Berminat Dengan Lemar

Difahamkan Liverpool tidak lagi berminat untuk membawa Thomas Lemar ke Anfield pada musim panas depan.

Menurut James Pearce – Echo, Liverpool tidak lagi menyatakan minat mendapatkan pemain itu walaupun pada Ogos lepas hampir mendapatkan pemain ini.

Ianya berikutan dengan faktor harga yang terlalu tinggi yang diletakkan Monaco buat pemain muda itu dan juga prestasi turun naik yang dialaminya musim ini.

Dengan 4 bulan lagi sebelum pintu perpindahan dibuka, pelbagai spekulasi telah timbul mengenai calon utama Klopp – samada pemain sayap lagi, pemain di posisi “8” atau gabungan kedua duanya.

Jadi siapakah yang akan menjadi pilihan Klopp bagi menggantikan sekaligus mengisi kekosongan yang ditinggalkan Phil Coutinho pada musim panas ini, dan berikut adalah beberapa calon berpotensi yang boleh mengisi kekosongan tersebut.

Pertama : Christian Pulisic ( Dortmund )

Pemain ini tiba di Dortmund pada bulan akhir Klopp sebagai pengurus di sana, namun pemain ini menarik perhatian dalam masa yang singkat.

Beliau tidak diserap dalam skuad utama hanya selepas Klopp meninggalkan Dortmund, namun sejak itu Pulisic membina kekuatannya sedikit demi sedikit hingga sekarang selaku sebahagian barisan serangan Dortmund.

Walaupun beliau hanya menjaringkan 4 gol dari 26 penampilan musim ini, tetapi prestasi beliau dijangka akan meningkat daripada pemain remaja kepada pemain utama dan seterusnya ke peringkat lebih tinggi.

Posisi yang digemari Pulisic adalah pada sebelah sayap kiri dan kanan, dengan posisi nombor 8 adalah bukan pilihan beliau sekarang.

Samada beliau mahu keluar dari Dortmund pada musim panas ini adalah sesuatu yang tidak pasti, namun beliau menyatakan kekaguman terhadap Liga Perdana Inggeris dan juga ‘akan melihat masa depan’nya selepas ini.

Kedua : Nabil Fekir ( Lyon )

Pilihan seterusnya untuk Klopp setelah melepaskan Coutinho dan tidak memburu Lemar lagi adalah kapten Lyon yang berusia 22 tahun ini.

Setelah beliau pulih dari kecederaan ACL pada 2016, beliau telah menjaringkan 33 gol dari 77 penampilan dengan 17 bantuan gol, dan bermain di posisi tengah serangan.

Beliau cukup versatil untuk bermain dalam sistem Klopp yang lebih ‘fluid’, namun menukar sedikit corak permainannya untuk menyerlah bersama sama Sadio Mane, Roberto Firmino dan Mohamad Salah.

Bercakap mengenai Onze Mondial pada awal bulan ini, beliau menyifatkan spekulasi perpindahannya ke Anfield pada Januari lepas sebagai ‘tiada sesuatu yang konkrit’ dan ‘akan lihat bagaimana masa depannya’.

Ketiga : Isco ( Real Madrid )

Sejak menyertai dari Malaga pada 2013, pemain tengah serangan ini sukar untuk melakukan penampilan lebih kerap namun bakatnya tidak boleh diragui.

Beliau boleh melakukan ‘magik’ dari situasi yang tidak dijangka, sekaligus memberikan semula kualiti yang Liverpool hilang semasa pemergian Coutinho.

Pemain ini boleh beraksi di bahagian sayap, role number 10 atau deep lying midfielder sekaligus lebih mudah untuk masuk ke dalam sistem Klopp bersama sama kebolehan membaca permainan dan pergerakan tanpa bola yangvmenjadikan beliau berbahaya.

Walaupun perkara ini mungkin tidak terjadi, tetapi posisi yang dikosongkan itu boleh memberikan Isco harapan untuk menghidupkan karier beliau semula.

Keempat : Malcom ( Bordeaux )

Bekas pengurus Bordeaux, Jocelyn Gourvennec pernah berkata pada Januari selepas spekulasi pemain ini timbul dengan menyatakan :

“Jika Liverpool mahukan anda untuk bekerja dengan mereka esok, pergilah”.

Pengurus itu akhirnya meninggalkan Bordeaux, dengan perpindahan ke Arsenal atau Liverpool gagal dilakukan namun beliau masih lagi mendapat perhatian sebilangan peminat Liverpool.

Musim ini menyaksikan pemain itu banyak bermain di sayap kanan tetapi semasa di Corinthians dan musim pertamanya di Bordeaux, beliau bermain di sebelah sayap kiri.

Seorang pemain yang bermain lebih dominan di kaki kiri, beliau perlahan lahan menjalani transformasi daripada seorang pemain sayap tipikal kepada pemain serangan yang sekali sekala bermain di bahagian tengah.

Ketibaan Malcom hanya menyaksikan Klopp menggilirkan pemainnya sekaligus menjadikan projek seterusnya sebagai pemain di posisi 10 di masa akan datang.

Kelima : Oscar ( Shanghai SIPG )

Pemain ini dikritik hebat kerana meninggalkan Chelsea untuk memburu tawaran lebih lumayan di kelab Liga Super China, namun pemain ini sudah menjelaskan motif perpindahannya lebih terbuka.

Beliau menjelaskan beliau mengutamakan keluarganya dari segala galanya sambil menyatakan tawaran menikmati gaji lebih tinggi iaitu £350,000 seminggu adalah sesuatu yang sukar ditolak.

Namun beliau masih berumur 26 tahun dan tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke Eropah pada masa depan, dan Liverpool mungkin mencuba untuk mendapatkan khidmat beliau.

Sepanjang khidmat beliau di Shanghai, kelebihan teknikal beliau tidak terhakis dengan kerajinan, kebolehan untuk menerobos pertahanan lawan dan juga mencipta peluang dengan visi yang bagus.

Di bawah Klopp, beliau boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan Coutinho secara langsung dan bersama sama Naby Keita adalah ramuan yang lengkap dari segi menbina serangan.

Keenam : Kerem Demirbay ( Hoffenheim )

Pemain yang berasal dari produk akademi Dortmund, beliau akhirnya berhijrah dari skuad simpanan David Wagner ke Hamburg SV pada 2012 2013 dan selepas itu menyertai Hoffenheim.

Walaupun beliau di antara pemain yang lambat menyerlah, tetapi beliau merupakan antara bakat paling menyerlah di Bundesliga yang terkenal dengan kelincahan dan kualiti teknikal yang boleh meletakkan beliau selaku pemain utama.

Beliau sekarang adalah pemain kebangsaan Germany, dengan penampilan semasa Piala Konfederasi 2017 telah menyerlahkan lagi potensi beliau.

Namun apa yang menarik minat ialah klausa pelepasan pemain ini adalah berjumlah £28 juta dengan pilihan untuk mengaktifkannya pada musim panas depan.

Ketujuh : Sergej Milinkovic Savic ( Lazio )

Seperti Oscar dan Demirbay, pemain ini boleh mengambil alih posisi ini di samping Keita musim depan dan beliau mempunyai kelebihan selain daripada kreativiti dan gol, fizikal.

Mempunyai ketinggian 6 kaki 4 inci di posisi kegemarannya iaitu box to box, beliau mampu untuk membina serangan dari kawasan sendiri ke bahagian lawan khususnya di luar petak penalti lawan.

Musim ini menyaksikan pemain berusia 22 tahun ini menjaringkan 9 gol dari 29 penampilan buat Lazio, dengan Lucas dan Luis Alberto memberikan bantuan kepada beliau untuk lebih menyerlah.

Namun pemain Serbia ini bukannya sesuatu yang murah, dengan Lazio sudahpun meletakkan harga setinggi £88.2 juta untuk beliau.

ADMIN

Ketujuh pemain ini bukanlah satu khabar  angin atau tujuan memberikan khidmat nasihat kepada Klopp, namun lebih kepada satu diskusi kepada pemain yang berpotensi mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan Coutinho dan juga setelah Liverpool mengalih keluar pandangan terhadap Thomas Lemar.

Kami yakin Klopp mungkin sudah menyenarai pendek pemain yang beliau mahukan musim panas ini, dan mungkin salah seorang pemain ini terletak dalam senarai itu. Sekali lagi, mungkin.

Berikan pandangan anda.

Sumber : This Is Anfield 

Related posts