Diskusi : Adakah Patut Kekalkan Alberto Moreno Atau Gantikan Dengan James Milner

Apabila nama Alberto Moreno dinaikan, pastinya ramai peminat akan memuji berbanding mengkritik pemain ini secara keseluruhannya atas prestasi dan skilnya.
 
Alberto Moreno datang ke Liverpool pada 2014, bernilai 12 juta pounds dan masih merupakan antara pembelian bek termahal yang pernah Liverpool lakukan setelah Dejan Lovren dan Glen Johnson.
 
Pemain bek kiri, kelahiran Sepanyol ini berusia 26 tahun, telah berada di Liverpool sekitar 3 musim dengan 2 pengurus yang berbeza.
 
Moreno adalah pembelian ketika Brendan Rodgers demi untuk menyelesaikan masalah bek kiri ketika itu. Ya, prestasi Alberto Moreno ketika bersama Sevilla boleh dikatakan agak ‘outstanding’ terutama membantu Sevilla dalam merangkul Piala Europa pada tahun 2013.
 
Bermula debut di Liverpool, Alberto Moreno menunjukkan taring-nya dalam kepantasan larian terutama untuk membuat overlapping membantu ‘left winger’ Liverpool. Pada awalnya, Jurgen Klopp menggunakan khidmatnya dalam banyak perlawanan. Tetapi, pada perlawanan akhir Europa musim 2015/16, itu kelihatan sebagai penamat kariernya.
 
Musim Lepas
 
Untuk musim lepas, secara keseluruhannya, Moreno hanya bermain dalam 10 perlawanan dan kebanyakannya adalah melalui pertukaran pemain. Posisi Moreno digantikan oleh penolong kapten James Milner, seorang pemain berpengalaman di bahagian tengah yang dikonversikan ke bek kiri.
 
Pada awal musim ini, Alberto Moreno telah ditawarkan secara rasmi oleh Napoli pada harga 12.5 juta.
 
Liverpool menolak kerana merasakan harga yang patut dibayar adalah sekitar 18-20 juta.
 
Pra-Musim
 
Setelah melalui beberapa perlawanan pra-musim, Alberto Moreno masih diletakkan dalam skuad ketika itu. Dalam 2 perlawanan terutama menentang Bayern Munich dan Atletico Bilbao, khasnya, Moreno bermain agak baik.
 
Dan, daripada seorang yang tidak dipandang oleh Klopp, akhirnya Jurgen Klopp meletakkan pemain ini di dalam skuad kesebelasan utama Liverpool menentang Watford dan Hoffenheim.
 
Perlawanan Menentang Watford
 
Dalam perlawanan Watford, Moreno memang banyak membantu melakukan larian ‘overlapping’ membantu Sadio Mane khasnya. Larian ini adalah punca Moreno sering sahaja disebut oleh peminat. Tetapi, pada asasnya, ‘endstate’ atau penyudah kepada larian tersebut sering kali boleh dinilai semula.
 
Hantaran yang tersasar dan tidak tepat sering kali mengecewakan setelah usaha dan larian dibuat. Ianya juga menyebabkan bola terlepas kepada lawan.
 
Apa yang paling penting bagi seorang pertahanan adalah ‘defend first and attack second’. Berlainan pula dengan Alberto Moreno yang beraksi seolah-olah sebagai seorang ‘winger’ yang gagal menghantar bola dengan baik ke kotak penalti khasnya.
 
Dan yang paling teruk adalah, setelah Alberto Moreno melakukan serangan kilat dengan larian nun jauh ke hadapan, ianya membuka ruang yang besar kepada bek tengah Liverpool terutama kepada Dejan Lovren. Boleh dikatakan, prestasi ‘kalut’ yang terjadi oleh Lovren turut dipengaruhi oleh ‘ketiadaannya’ untuk berada di posisinya di sebelah kiri terutama ketika menerima serangan kilat daripada pasukan lawan.
 
Ketika ‘development’ untuk menyerang, Moreno sering kali ‘careless’ dalam beberapa ‘keadaan’ yang mustahak. Dan abiliti yang paling mengecewakan adalah ‘kebolehan berada di posisi yang betul dan waktu yang betul’.
 
Jika dinilai daripada gol Watford, semuanya terarah daripada serangan di sebelah Alberto Moreno, di sebelah kiri. Terutama pada gol kedua khasnya. Nampak kelihatan gol pertama bukan daripada kesilapannya secara ‘direct’, tetapi sekali lagi, kesilapannya berada di posisi yang betul, waktu yang tepat dan terjahan yang tepat memang perlu dipersoalkan. Termasuklah gol yang penyamaan Watford, yang mana ianya bermula daripada sepakan sudut hasil kesilapan di bahagian kiri Liverpool.
 
Perlawanan Hoffenheim
 
Perlawanan seterusnya di Hoffenheim, memang benar gol yang dijaringkan adalah berada di kawasan Arnold iaitu di sebelah kanan. Tetapi, daripada sudut persepektifnya, kebanyakan serangan bermula daripada sebelah arah kiri Liverpool.
 
Kita perincikan lagi, ‘clearance Lovren terkena tangan’ dan juga penalti yang diterima oleh Hoffenheim adalah berpunca daripada sebelah kiri secara khasnya.
 
Dan kebanyakan serangan daripada Hoffenheim adalah terarah daripada kawasan Moreno terutama ketika Moreno tinggi berada di ‘final third’.
 
Pendapat Pundit
 
Tony Cascarino, bekas pemain ini menyatakan bahawa Alberto Moreno adalah pemain bek kiri ‘terburuk’ di dalam Liga Perdana Inggeris khasnya.
 
Sama juga yang dilaungkan oleh Jamie Carragher yang mempertikaikan keputusan Jurgen Klopp memasukkan pemain ini, setelah membiarkan pemain ini berada di bangku simpanan selama 1 musim sebelum ini.
 
Jamie Carragher juga menyatakan, apabila posisi bek digantikan dengan seorang pemain tengah, ianya menunjukkan bahawa pemain bek tersebut tidak lagi mempunyai masa depan yang bagus pada masa akan datang.
 
Carragher runsing bagaimana Jurgen Klopp memberi peluang kepada Alberto Moreno hanya daripada 2 perlawanan pra-musim yang bagus sahaja. Dan dalam masa yang sama, Carragher mengkritik dengan pedas, taktikal daripada Jurgen Klopp yang inginkan seorang bek yang ‘attacking minded’ dan bukannya ‘defensive minded’.
 
Teori Taktikal
 
Secara teorinya, bagi pasukan yang mempunyai ‘attacking full back’ anda akan berpeluang untuk diserang balas pada bila-bila masa pun.
 
Ini akan mengundang ‘tekanan’ bagi bek tengah khasnya untuk mengawal keadaan dengan baki pemain yang bertahanan yang sedia ada. Secara taktikalnnya, ianya akan memberi situasi 4 v 3 , 3 v 2 dan kelebihan kepada pasukan lawan kerana memiliki kelebihan pemain dalam situasi serangan kilat.
 
James Milner
 
Dilihat kepada permainanan James Milner, pemain ini memang tidaklah laju seperti Moreno. Tetapi apa yang penting mempunyai ‘ilmu’ dan ‘instinct’ yang baik dalam bertahan. begitupun tidak laju, hantarannya sangat penting dan juga menerbitkan beberapa gol terutama daripada hantaran lintang.
 
James Milner tidak akan berlari ‘tanpa tujuan’ membantu bahagian serangan dan sering melihat dirinya dalam situasi taktikal untuk kumpulan pertahanan. Ini bermaksud, anda boleh mengharapkan keberadaan Milner di posisi bek kiri dengan lebih kerap, satu yang diharapkan oleh mana-mana bek tengah yang ada.
 
Alberto Moreno atau James Milner?
 
Yang pasti, ramai peminat dan pundit tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Jurgen Klopp ke atas james Milner di posisi bek kiri. Tetapi, pada musim lepas itulah yang paling efektif. Dan mungkin, demi untuk mengekalkan kestabilan di bahagian kiri dan bek, Jurgen Klopp masih perlu menggunakan khidmat James Milner.
 
Mungkin boleh menunggu Robertson untuk mula ‘gelling’ dengan skuad utama. Hasil daripada pembacaan dan analisa, Robertson mungkin mempunyai permasalahan yang hampir sama iaitu ‘out-position’ jika diperhalusi. Namun, anda harus memberi peluang kepadanya.
 
Dalam 2 perlawanan ini, Alberto Moreno berprestasi tidak sampai separuh yang diinginkan. Dan dalam rata-rata ‘rating’ yang dilakukan, Alberto Moreno didaftarkan nilaiannya maksima 5-6 dan mungkin 3-4 dalam perlawanan menentang Hoffenheim yang lepas oleh beberapa ‘pundit’.
 
Samada Jurgen Klopp ingin mengekalkan Alberto Moreno untuk melancarkan ‘serangan habis-habisan’ kepada pasukan lawan, atau menurunkan James Milner yang lebih menstabilkan keadaan, atau menggunakan pemain baru Robertson untuk memberi ‘debut’ kompetitifnya bersama Liverpool, ianya terletak kepada Jurgen Klopp.
 
Yang diharapkan jika Moreno, pemain ini perlu meningkatkan prestasinya jika tidak mahu Liverpool berputih lebih mata selepas ini. Dan James Milner adalah calon yang paling sesuai untuk mengukuhkan bek yang telah melepaskan 4 gol dalam 2 perlawanan ini.
 
Jika anda Jurgen Klopp, adakah anda ingin gunakan Moreno atau James Milner?

Related posts