Diskusi : Bagaimana Undian Liga Juara Eropah Untuk Liverpool?

Sekarang ini lengkap sudah 32 pasukan yang akan bertanding dalam Liga Juara Eropah Musim 2016/17.

Kami dari liverpoolmalaysianreds.com akan bawakan pasukan Mana yang boleh diundi dengan Liverpool.

Sistem

32 pasukan dibahagikan kepada 4 kelompok utama yang bergantung dengan ranking pasukan tersebut di UEFA pada kedudukan terkini.

Setiap kelompok ini akan diletakkan dalam satu balang yang membawa maksud Pot 1 hingga 4.

Setiap pot ini mengandungi 8 pasukan mengikut kedudukan UEFA seperti yang dimaklumkan tadi.

Pot 1 adalah pasukan 8 Terbaik.

Pot 2 adalah pasukan 9 -16 Terbaik.

Port 3 adalah pasukan 17 – 24 Terbaik.

Port 4 adalah pasukan ke 25 – 32 Terbaik.

Untuk pengetahuan, peraturan baru UEFA menetapkan bahawa Pot 1 adalah pasukan yang memenangi liga-liga di negara masing-masing.

Manakala pot 2 hingga 4 adalah berdasarkan ranking.

Undian

Liga Juara Eropah akan dibahagi sebanyak 8 kumpulan. Setiap kumpulan wajib mempunyai pasukan daripada keempat “pot” tersebut.

Liverpool

Untuk pusingan kumpulan dan kalah mati peringkat 16 Terbaik, UEFA menetapkan bahawa pasukan dari megara yang sama tidak akan bertanding dalam kumpulan yang sama.

Ini bermakna Liverpool tidak akan bertemu dengan Chelsea, Man Utd, Spurs Dan Man City.

Undian akan dilakukan pada awal pagi Sabtu bersama undian Europa.

Seeded (Pot 1): Real Madrid, Bayern Munich, Juventus, Benfica, Chelsea, Shakhtar Donetsk, Monaco, Spartak Moscow

Pot 2Barcelona, Atletico, Paris Saint-Germain, Borussia Dortmund, Sevilla, Man City, FC Porto, Man United

Pot 3: Napoli, Tottenham, FC Basel, Olympiakos, Anderlecht, Liverpool, Roma, Besiktas

Pot 4: Celtic, CSKA Moscow, Sporting CP, APOEL Nicosia, Feyenoord, NK Maribor, FK Qarabag, RB Leipzig

Perlawanan pertama akan diadakan pada 12-13 Sep 17.

Undian Terbaik Adalah Menentang

Spartak Moscow, Porto, Liverpool, Maribor

Undian Terburuk Adalah Menentang

Real Madrid, Paris Saint-Germain, Liverpool, Leipzig.

Ditulis untuk : liverpoolmalaysianreds.com

Oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Kredit : UEfA

Related posts