Diskusi : Sayap Kiri Atau Kanan?

Gol hasil ‘1-2 tapping’ memberi kelegaan sementara kepada pasukan Liverpool dengan penyudah yang agak sempurna. Sadio Mane menyepak dengan ‘placing shot’ ke penjuru atas gawang yang menyebabkan mana-mana penjaga gol tidak akan mampu untuk menahan bola tersebut. Itulah Sadio Mane di sebelah sayap kiri.

Pemain berusia 25 tahun daripada Senegal ini mampu untuk bermain dalam 3 posisi yang berbeza sebenarnya. Anda boleh meletakkan pemain di samada di sebelah sayap kiri, sayap kanan, atau di paling hadapan, tidak kisahlah sebagai penyerang tunggal atau penyerang kedua.

Sayap Kanan

Liverpool membeli pemain ini pada harga 34 juta daripada pasukan ‘akademi’ Liverpool iaitu, Southampton pada 2015, iaitu musim lepas. Pada awalnya, ramai yang mempersoalkan harga yang dibayar oleh Liverpool ketika itu.

Tetapi, setelah ‘cameo performance’ yang ditunjukkan pada perlawanan pra-musim yang lepas, peminat mula terdiam terutama ketika menewaskan Barcelona pada pra-musim lepas. Ditambah lagi prestasinya ketika menentang Arsenal dengan larian solo yang deras terutama gol daripada sayap kanan menjadikan peminat ternganga semula.

Cakap-cakap yang risau harganya seumpama Chrtistian Benteke atau Andy Caroll, peminat gusar, hasilnya sama seperti kedua pemain itu. Namun, Sadio Mane menutup mulut peminat dan pundit bukan dengan tangannya, tetapi dengan prestasinya di atas padang.

Ketika di Southampton, Sadio Mane telah memadamkan rekod hatrik terpantas yang dicipta oleh satu lagi lagenda Liverpool, Robbie Fowler. Saban tahun rekod itu tidak pernah diusik hinggalah pada 2014, ianya berjaya direkodkan semula oleh Sadio Mane. Dan yang pasti, Sadio Mane sering menjadi ‘igauan’ kepada Liverpool ketika menentang Southampton.

Pada musim lepas, Sadio Mane telah mencetak 13 gol dan mencipta 7 gol, rekod tertinggi bagi pemain Liverpool secara keseluruhannya menewaskan pemain kontraversi, Philippe Coutinho dalam musim ‘debutnya’ bersama Liverpool. Sadio Mane telah menjadi tunjang utama dan begitu produktif dalam menjaringkan gol atau mencipta gol.

Tempoh kehilangan Sadio Mane ketika ‘Piala Afrika’ yang lepas menjadi igauan buruk kepada Liverpool kerana bermain tanpa ‘speed dan acceleration’ di padang. Liverpool tampak longlai dan ‘predictable’ dalam setiap langkah dan hantaran bola yang dilakukan di padang, terutama bagi menewaskan pasukan yang membina ‘kubu yang tebal’ di lapisan paling belakang di gawang sendiri.

Secara rumusannya, Sadio Mane, telah mendapat anugerah Pemain Terbaik Liverpool Pilihan Rakan Pemain dan Pemain Terbaik Liverpool Pilihan Peminat, sekali lagi menewaskan Philippe Coutinho.

Sadio Mane Di ‘Paksa’ Ke Sayap Kiri

Jurgen Klopp mahukan tambahan ‘kelajuan dan kepantasan’ di bahagian sayap, satu ‘cawangan’ yang ingin diselesaikan dengan pantas pada musim ini. Akhirnya, Liverpool berjaya mendapatkan Mohamed Salah, pemain Mesir yang dibeli daripada AS Roma dengan rekod pembelian termahal ketika ini, bernilai sekitar 35 juta dan mampu menjangkau 40 juta termasuk daripada klausa.

Mohamed Salah adalah pemain yang kidal, sinonim menggunakan kakinya di sebelah sayap kanan. Corak permainan Salah adalah dengan melakukan ‘cut-in’ ke dalam, samada melepaskan rembatan atau melakukan hantaran semula kepada lawan. Kepantasannya berada di sebelah kanan hinggalah dikatakan lebih laju daripada Sadio Mane.

Ini membuatkan Sadio Mane ‘dipaksa’ ke Sayap Kiri kerana Jurgen Klopp merasakan ianya memberi kelebihan kepada pasukan berbanding meletakkan Salah yang dominan dengan kaki kiri berada di sebelah kiri sebagai ‘ortodox winger’. Namun, keputusan telah dibuat, Sadio Mane bermain di sebelah sayap.

Sebenarnya, ini bukanlah posisi yang baru bagi Sadio Mane.

Sadio Mane diletakkan di sebelah sayap kiri sejak di Salzburg, kelab sebelum perpindahannya ke Southampton. Di sana, Mane telah beraksi hampir 33 tahun dengan 63 penampilan. Bukan itu sahaja, Sadio Mane telah menjaringkan 31 gol yang mana rata-rata berada di sebelah kiri. Oleh yang demikian, ini bukanlah satu perkara yang baru bagi Sadio Mane.

Prestasi Sadio Mane Terkini

Berada di sebelah sayap, anda dapat melihat, Sadio Mane melakukan corak yang sedikit berbeza. Sadio Mane agak ‘jarang’ melakukan ‘breakaway run’ berbanding di sebelah kanan dan kelihatan Sadio Mane akan melepaskan rembatan lebih kerap berbanding di sebelah kanan. Apa yang sama untuk keduanya, kelajuan dan kepantasan masih sukar digapai oleh mana-mana bek kanan.

Dalam perlawanan menentang Watford, Sadio Mane telah menjaringkan 1 gol walaupun kelihatan masih tidak ‘fully-fit’ atau ‘fully potention’. Larian dan kebijaksanaan menggunakan ruang yang kecil dieksploitasi daripada larian derasnya masih kekal sebagai ‘trademark’ kepada Sadio Mane. Dan dalam perlawanan tersebut, ramai yang mengatakan Sadio Mane adalah MOTM untuk perlawanan itu.

Bagi perlawanan seterusnya di Hoffenheim, Sadio Mane kekal sebagai ‘main threat’ bersama Salah dan Firmino. Kekal menjadi satu ‘ketakutan’ kepada pasukan lawan.

Walaupun Sadio Mane tidak menjaringkan gol, sepakan bebas yang cantik daripada Arnold Trent dalam debutnya itu sebenarnya berpunca daripada bentesan yang diterima ke atas Sadio Mane di tengah padang. Seterusnya, untuk gol kedua juga, sepakan percuma yang pantas diambil dan terus menghasilkan gol juga adalah berpunca daripada Sadio Mane yang dijatuhkan.

Pokoknya, Sadio Mane adalah ‘sumber’ kejayaan Liverpool buat waktu ini.

Dalam perlawanan terakhir, Sadio Mane telah jaringkan gol kemenangan setelah sifat tidak mengerti penat, tidak putus asa dan sabar.

Jika tidak kerana kebijaksanaan, ketelusannya berlari dalam ‘garisan kedalaman’ atau ‘depth area’, maka sudah pasti Sadio Mane akan ofsaid.

Sebenarnya, Sadio Mane adalah sumber inpirasi.

Potensi Akan Datang

Dalam 2 perlawanan ini, bolehlah ditarafkan sebagai percubaan semata-mata. Dan akan banyak yang berjaya dihasilkan daripada Sadio Mane.

Apa yang paling ketara dapat dilihat adalah ancaman daripada rembatan Sadio Mane yang ‘bijak’ mencari ruang dan larian ‘1-2’ yang akan dihasilkan pada masa akan datang. Jika Coutinho benar tidak diberikan peluang untuk berpindah ke Barcelona, ianya akan memberikan lagi satu lagi senjata yang berlainan yang dipunyai oleh Liverpool daripada pemain itu iaitu ‘final pass’ sebelum menjaringkan gol.

Ini akan menyebabkan Sadio Mane akan lebih ‘relax’ dan hanya menunggu di kawasan zon berbahaya sebelum melakukan larian deras dari belakang pemain pertahanan dan menjaringkan gol. Yang menariknya, ruang dan kawasannya lebih cantik menggunakan kaki dominan Sadio Mane iaitu kaki kanan walaupun diketahui pemain ini mampu menggunakan kedua kakinya.

Mungkin keputusan Jurgen Klopp ‘mengorbankan’ Sadio Mane di sebelah kiri berbaloi sebenarnya.

Dan jika anda, adakah anda mahu beliau bermain di sebelah sayap kiri atau kanan?

Related posts