Divock Origi Mendedahkan Masa Depan Seterusnya Untuk Musim Hadapan

Pemain Belgium ini akan kembali ke Melwood musim hadapan setelah mengharungi musim yang sukar di Germany.

Dan beliau yakin bahawa beliau boleh meningkatkan tahap prestasi beliau – dan di Liverpool adalah tempat terbaik buat beliau untuk melakukan itu.

Origi akan kembali ke Melwood bagi menjalani latihan pramusim bulan hadapan setelah bersama Wolfsburg secara pinjaman musim ini.

Pemain berusia 23 tahun ini hanya menjaringkan 7 gol dari 36 penampilan bersama Wolfsburg, dan prestasi beliau hanya meningkat ketika membantu Wolfsburg untuk memenangi perlawanan play off Bundesliga.

Dan penyerang itu telah berkongsi bagaimana kehidupan beliau di Germany sepanjang musim ini.

“Banyak kali selepas perlawanan, saya sering terfikir bahawa saya harus melakukan yang lebih baik kerana saya tahu tidak melakukan dengan baik di sana”.

“Sudah tentu akan ada ruang untuk memperbaiki prestasi saya”.

Origi tidak tersenarai dalam skuad Belgium dalam Piala Dunia 2018 meskipun beliau menjaringkan gol untuk pasukan kebangsaan ketika Piala Dunia 2014.

Dan buat masa sekarang beliau sedang bercuti di Kenya, di mana beliau berkongsi cerita menerusi media tempatan mengenai karier beliau dan mengapa beliau suka bekerja di bawah Klopp.

“Saya telah bermain di bawah beberapa jurulatih dan saya menghargai segala usaha yang mereka lakukan terhadap saya”.

“Jurgen Klopp juga banyak membantu untuk meningkatkan prestasi saya. Beliau tahu bila dia mahukan saya beraksi dengan lebih baik, serta tahu mengenai segala galanya dalam bolasepak”.

Penampilan terakhir Origi adalah pada Ogos 2017 2018 ketika perlawanan pembukaan EPL menentang Watford.

ADMIN

Sedangkan Sturridge sendiri pun sukar bersaing dan mendominasi rangkaian tiga serangkai, inikan pula Origi.

Sumber : Liverpool Echo

Related posts