Dominic Solanke Nafikan Mahu Dipinjamkan & Mahu Kekal Di Liverpool Terlebih Dahulu

Pandangan seseorang yang merupakan bekas pemain masih satu pandangan dan bukanlah satu kesimpulan.

Dominic Solanke merasakan Didier Drogba sebagai sumber inspirasinya sebagai pemain bola sepak daripada remaja.

Ianya bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan Dominic Solanke adalah pemain akademi di Chelsea dan juga ditambah dengan posisi utamanya iaitu menjadi penyerang utama, ikon itu mungkin berikan impak kepadanya.

 

Dominic Solanke berada di sekolah Blackmoor Park Junior School di West Derby bersama Trent Alexander Arnold, menyatakan dirinya mungkin menjadi pemain bola keranjang jika tidak lagi menjadi pemain bola sepak.

Solanke mempunyai kekuatan fizikal dan ketinggian yang tidak banyak dimiliki di pasukan Liverpool mahupun akademi di Kirby.

 

Secara tiba-tiba setelah Liverpool berjaya mendapatkan pemain ini, namanya meletup menjadi pemenang Bola Emas di kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun yang membawa England menjadi juara di Korea Selatan. Ini berikutan menjadi penjaring terbanyak dalam kejohanan itu.

Dalam pada itu, pengurus Aston Villa mula ‘menabur pandangan’ mengatakan Solanke harus berpindah dan dipinjamkan ke pasukan lain supaya tidak hanya berada di bangku simpanan sahaja.

Solanke masih merasakan dirinya harus bersabar di Anfield dan ianya tidak semudah untuk menjadikan anda sebagai pemain utama.

“Anda hanya perlu bekerja kuat. Liverpool adalah satu pasukan yang kuat dan mempunyai banyak pemain yang bagus. Kadang-kala ianya sukar untuk anda melepasi mereka tetapi apa yang anda boleh buat adalah kekal untuk bekerja kuat. Anda perlu lakukan tugas anda jika diperlukan.”

Solanke nampak lebih ‘matang’ dalam melemparkan pandangannya.

Saya rasa dalam bola sepak, ianya boleh menjadi pelbagai perkara dalam masa yang sangat pantas. Mungkin satu kecederaan dapat membantu anda untuk menjadi lebih penting dalam pasukan dengan cepat. Daripada pemain biasa kepada pemain lebih penting. Apa yang penting anda ambil peluang jika ada.

Solanke mungkin tidak mempunyai banyak peluang untuk menjadi pemain utama sejak berpindah ke Liverpool. Namun, Jurgen Klopp masih merasakan Solanke lebih ‘bagus’ daripada skuad bawah 23 tahun Liverpool ketika ini.

Juga dalam masa yang sama, Solanke sangat selesa berada di Liverpool ketika ini.

“Perpindahan ini sangat mudah bagi saya. Semua orang sangat menghargai, dan setiap staf sangat menghargai saya. Ianya satu kelab yang sangat bagus dan sering mahukan kejayaan untuk saya dalam musim ini. Ini permulaan musim yang baik, dan saya merasakan ianya akan membantu untuk layak ke Liga Juara Eropah musim lepas.”

Dalam masa yang sama, Solanke telah berada dalam skuad England dan melakukan debut pertamanya dalam skuad “Three Lion” menentang Brazil di Wembley pada Oktober lepas.

Solanke juga berada dalam skuad England sejak daripada pasukan remaja lagi, adakah Solanke merasakan dirinya mahu berada dalam skuad England pada hujung musim nanti?

“Ini adalah seronok untuk difikirkan. Tetapi terlalu jauh dan anda harus melihat serta berada dalam waktu sekarang. Ianya baru November, banyak benda yang perlu difokuskan.”

Solanke juga tidak mendapat ‘peluang’ untuk beraksi dalam skuad lamanya menentang Chelsea pada minggu lepas yang mana Liverpool kehilangan 2 mata di Anfield setelah mendahului dalam perlawanan itu.

“Saya lahir dan membesar di sana (Chelsea) dan saya banyak kenal pemain dari sana. Apa yang penting, saya tidak terkilan untuk berpindah di sana. Saya merasakan sesuatu yang tidak ‘ok’ dalam perlawanan itu, tetapi saya cepat-cepat untuk tidak memikirkanya.”

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Like Facebook Page Kami: Facebook Liverpool Malaysian Reds

Lawati Laman Kami: Web Liverpool Malaysian Reds

Related posts