Analisa : Apakah Tribunal Jawatankuasa Pampasan Bola Sepak Profesional England

Masih ada yang keliru, samada Dominic Solanke ini telah menjadi pemain Liverpool atau pun tidak.

Pada asasnya, Dominic Solanke telah tamat kontrak pada 31 Jun 2017. Ini bermakna Dominic Solanke dibenarkan berpindah secara percuma tanpa sebarang yuran perpindahan. Ini juga dinamakan mengatifkan peraturan ‘Bosman’.

Peraturan ini adalah peraturan yang mana seorang pemain tidak dikenakan sebarang yuran perpindahan dan boleh melakukan perjanjian pra-kontrak 6 bulan sebelum kontrak tamat.

Baca : Apakah Yang Dinamakan Peraturan ‘Bosman’

Namun, bagi pemain yang berumur bawah 24, FA England menetapkan agar kelab asal diberikan pampasan jika pemain tersebut berpindah ke kelab lain.

Ini bertujuan untuk memberi situasi ‘win-win situation’ kepada 2 belah pihak iaitu pihak pemain dan kelab asal.

Sturridge tribunal (AP)

Pemain tersebut boleh meningkatkan karier ke satu pasukan yang lain, khasnya pemain yang berpindah ke kelab yang lebih baik.

Manakala, kelab asalnya diberikan pampasan sewajarnya terutama pembangunan pemain tersebut khasnya.

Sebelum pampasan tersebut diberikan, kedua belah kelab diberikan peluang untuk bersetuju dengan sebarang harga pampasan. Hingga berlaku pertindihan harga, maka perkara ini akan dimajukan kepada tribunal.

Bagi situasi Liverpool, Dominic Solanke adalah contoh terbaru yang terlibat dalam situasi ini. Sebelum musim ini, Liverpool juga terjerumus dalam ‘perbalahan harga’ untuk Danny Ings.

Situasi Dominic Solanke, hampir sama dengan Danny Ings. Pemain ini boleh terus bermain dalam perlawanan kompetitif walaupun isu ganjaran ini masih tidak selesai.

Antara ciri dan kriteria yang menjadi titik tolak kiraan adalah seperti berikut:

– Umur Pemain

– Kos Latihan

– Yuran Perpindahan & Kos Pendaftaran

– Tempoh Menjadi Pemain

– Terma Kontrak Baru Yang Ditawarkan

– Rekod Penampilan Pasukan Utama

– Rekod Penampilan Pasukan Kebangsaan

-Minat daripada Kelab Lain

UMUR PEMAIN

Umur pemain menjadi satu perkara yang penting. Semakin tinggi umur, berpotensi bahawa nilaian pemain itu menjadi lebih besar.

KOS LATIHAN

Merangkumi kos pembiayaan di akademi, sebarang kos latihan dan juga termasuk biasiswa. Kos ini akan dikira bermula daripada tempoh pemain itu berada di pasukan tersebut termasuk operasi.

YURAN  & KOS PENDAFTARAN

Sebarang kos dan yuran pendaftaran dalam skuad remaja dan juga skuad utama dalam liga utama.

TEMPOH MENJADI PEMAIN

Tempoh pemain tersebut berada di kelab tersebut memainkan peranan yang agak penting. Pada asasnya, semakin lama pemain itu berada, nilaian pemain akan meningkat.

TERMA KONTRAK YANG DITAWARKAN

Kedua kontrak yang ditawarkan samada daripada kelab asal atau kelab baru menjadi titik penting penilaian ganjaran ini dilakukan.

Ianya penilaian secara subjektif (berkemungkinan besar purata sekurang-kurangnya), bagi mengetahui nilaian terkini pemain tersebut.

REKOD PENAMPILAN SKUAD UTAMA

Rekod penampilan skuad utama merupakan pemberat kepada nilaian harga pampasan yang bakal diterima.

Dalam masa yang sama, jika skuad tersebut adalah datang daripada liga utama di Eropah, mungkin pampasannya lebih tinggi berbanding liga biasa.

REKOD PENAMPILAN SKUAD UTAMA KEBANGSAAN

Jika pemain tersebut telah tampil dalam skuad utama kebangsaan, maka ianya akan meninggalkan kesan tambahan kepada harga.

Ianya tidak terlalu terpakai jika pemain itu mewakili skuad kebangsaan bagi Bawah 23. 21 atau 19 tahun untuk skuad kebangsaan yang sama.

MINAT DARIPADA KELAB LAIN

Minat daripadda kelab lain adalah bayaran tambahan yang mungkin dibayar. Semakin banyak kelab yang benar berminat, semakin tinggi harganya.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, harga yang ditetapkan tribunal ini mempunyai rekod tertinggi pada harga 6.5 juta (tambahan 2 juta bergantung pada penampilan) untuk perpindahan Danny Ings dari Burnley ke Liverpool.

Harga tribunal ini pada asalnya menetapkan bayaran pendahuluan (upfront) dan sedikit tambahan klausa.

Dan ianya akan bergantung daripada kriteria seperti diatas yang akan diadili daripada Jawatankuasa Profesional yang dibentuk oleh FA England.

Related posts