Drama UCL Liverpool Akan Ke Hari Terakhir EPL Musim 2017 2018

Spurs berjaya memintas Liverpool namun The Reds hanya perlukan satu mata untuk ke UCL musim depan.

Keputusan samada Liverpool layak atau sebaliknya ke UCL adalah bergantung kepada keputusan perlawanan menentang Brighton & Hove Albion hujung minggu ini di Anfield.

Spurs pula menewaskan Newcastle United 1 – 0 di Wembley untuk memintas Liverpool ke tangga ketiga sekaligus mengesahkan tempat ke UCL musim depan.

Harry Kane menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan awal pagi semalam, dengan hanya dipisahkan dengan 3 gol dari Mo Salah yang ketika ini mendahului senarai penjaring terbanyak dengan 31 gol.

Sahabat baik Klopp yang kini di Huddersfield, David Wagner memberikan kelebihan besar buat The Reds setelah mengikat Chelsea 1 – 1 di Stamford Bridge dalam perlawanan awal pagi tadi menerusi jaringan DePiotre.

Dengan Chelsea mendakwa kekasaran dilakukan ke atas Willian sebelum itu, Aaron Mooy melakukan hantaran kepada Depoitre yang melakukan larian ke gol, dan seterusnya menjaringkan gol mudah di hadapan gol Chelsea meskipun pemain Chelsea mendakwa penjaga gol Chelsea Willy Caballero telah dikasari.

Walaupun begitu, Chelsea berjaya mendapatkan gol penyamaan apabila menyamakan kedudukan akibat kesilapan pertahanan Huddersfield yang melakukan clearance di mana terkena muka Marcus Alonso sebelum menerjah jaring.

Walaupun Huddersfield diasak secara berterusan oleh Chelsea, namun akhirnya kedua dua kelab berkongsi mata selepas tamat perlawanan sekaligus mengesahkan juga tempat Huddersfield dalam EPL untuk musim hadapan.

ADMIN

Liverpool hanya perlu catat seri untuk layak ke UCL musim depan, dengan perbezaan gol yang jauh dengan Chelsea.

Tetapi sudah cukup lama kita tidak menang ni. Kita mahukan kemenangan. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman