Dua Pemain Bournemouth Mahu Liverpool Menjulang Kejuaraan EPL Musim Ini

Ryan Fraser dan Steve Cook memuji corak permainan Liverpool ketika menentang Bournemouth.

Fraser dan rakannya berada dalam ke kesebelasan utama Bournemouth ketika Liverpool menumpaskan mereka untuk kekal bersaing dalam merebut kejuaraan EPL yang belum dimenangi sejak 1990.

Ianya sekaligus melebarkan rekod kalah Liverpool di Anfield dalam kancah liga kepada 34 perlawanan – kedua terpanjang dalam sejarah penubuhan kelab.

Menurut Fraser :

“Ya, Liverpool berpotensi memenanginya bukan? Saya tiada kaitan dengan mereka namun saya mahu melihat mereka menjulang kejuaraan liga”.

“Saya suka melihat permainan yang menarik. Jika Man City memenanginya, tidak mengapa. Saya sukakan permainan menarik dari Liverpool. Mereka menanti terlalu lama dan mempunyai pemain seperti sekarang, mereka akan melakukannya”.

“Mereka ketika ini hanya tewas 1 perlawanan, dan anda tahu bagaimana situasi mereka. Ramai orang berkata mereka berada dalam situasi tertekan”.

“Namun saya tidak melihat mereka tertekan. Semua pasukan akan mengalami kekalahan dan mereka masih berada di kelompok atasan. Saya berfikir ianya hanya satu sentakan buat mereka”.

Manakala pertahanan Bournemouth, Steve Cook memuji faktor Anfield terhadap permainan pasukan mereka.

Menurut Cook :

“Anda dapat lihat penyokong mereka memainkan peranan penting dalam pasukan. Saya tidak pernah mendengar suasana sebegini hari ini, terutama apabila mereka menjaringkan gol”.

“Suasana hari ini sungguh bagus. Peminat Liverpool memang berada di belakang pasukan mereka. Saya yakin mereka akan memainkan peranan penting kepada pasukan hingga hujung musim ini”.

Mengenai Klopp pula, Cook menambah :

“Cara mereka bermain, bagaimana mereka berlari mendapatkan bola dan mengawal permainan adalah sangat baik”.

“Cara mereka menyerang adalah sesuatu yang sukar untuk bertahan. Mereka tidak memberikan anda peluang anda bermain dengan baik. Mereka lawan yang sukar”.

“Dalam perlawanan ini, sukar melihat Liverpool untuk keciciran mata lagi. Namun ini sebab mengapa ramai yang sukakan liga ini, ianya sukar diramal”.

“Jika mereka menjuarai liga, mereka layak menerimanya”.

ADMIN

Bournemouth pun percaya Liverpool mampu melakukannya, mengapa tidak kita letakkan sedikit kepercayaan untuk kelab? YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman