Dua Pemain Utama Spurs Ditimpa Kecederaan Menjelang Pertemuan Ke Atas Liverpool

Kecederaan Hugo Lloris dan Dele Alli menyebabkan rombakan terpaksa dilakukan Pochettino.

Hugo Lloris mengalami kecederaan paha dan Michael Vorm dijangka akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan penjaga gol France itu.

Manakala Dele Alli yang menjaringkan gol ke atas Liverpool ketika kemenangan 4 – 1 di Wembley, mengalami kecederaan hamstring ketika dalam tugasan antarabangsa beliau.

Selain itu Moussa Sissoko turut mengalami kecederaan hamstring buat masa sekarang.

Menurut Pochettino :

“Dele mengalami kecederaan ketika perlawanan memasuki minit ke 20 ketika England menentang Spain”.

“Saya kecewa kerana kehilangan khidnat beliau untuk perlawanan ini dan juga perlawanan UCL menentang Inter Milan”.

Perlawanan Sabtu ini sepatutnya perlawanan pertama untuk Spurs beraksi di White Hart Lane yang baru, namun pembinaan yang tergendala menyebabkan perlawanan masih berlangsung di Wembley.

Spurs juga mungkin memulakan perlawanan tanpa khidmat Son Heung Min, di mana beliau hanya tiba di London pada Rabu lepas setelah terlibat dengan pasukan kebangsaan dalam kancah Sukan Asia.

Beliau telah bermain 8 perlawanan antarabangsa dalam masa 26 hari bagi membolehkan Korea Selatan meraih pingat emas dalam Sukan Asia.

ADMIN

Bukan sahaja dua orang, namun beberapa pemain Spurs turut tidak akan bersama skuad Sabtu ini.

Namun jangan pandang rendah dengan kekuatan Spurs.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman