Eden Hazard Mengakui “Jatuh Cinta” Dengan Anfield Dan Menyukai Suasananya

Beliau menjaringkan gol solo yang cantik pada perlawanan pada September.

Dan beliau mengakui bahawa beliau suka bermain di Anfield dan menyukai suasananya.

Pemain dari Belgium itu memperkatakan mengenai gol solo cantik yang dijaringkan oleh beliau ketika pertemuan dalam pusingan ketiga kancah kejohanan Carabao Cup.

Setakat ini Hazard telah menjaringkan 5 gol ke atas Liverpool sepanjang kariernya di Chelsea.

Menurut beliau dalam akhbar terbitan Belgium, HLN :

“Saya sukakan Anfield. Keadaan stadium, padang, dan suasananya. Saya suka bermain di sana”.

“Saya sudah menjaringkan beberapa gol di Anfield – sentiasa menewaskan Simon Mignolet, maaf Migno namun yang terkini adalah yang paling menarik. Yang cantik dan paling bermakna ketika mengatasi salah sebuah kelab yang besar. Ia memberikan kelebihan buat kami”.

“Saya dimasukkan dalam 20 minit perlawanan akan berakhir. Dan saya kehilangan 5 sentuhan pertama ke atas bola. Saya terfikir, ianya kesilapan saya. Dan saya selepas itu mula menyepak dan melakukan larian dengan baik. Saya terlihat ruang dan terus menjaringkan gol. Bam! Keterujaan ketika itu amat besar”.

“Selepas perlawanan saya melihat kembali gol yang saya jaringkan. Berulang kali semasa di dalam bas. Anda menikmati momen itu”.

“Semua rakan rakan saya mengirimkan mesej kepada saya. Mereka memuji jaringan tersebut. Ada yang mengirimkan video dengan iringan muzik Titanic!”

ADMIN

Wow, satu kenyataan yang menarik. Hahaha.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman