Efek John Achterberg di Liverpool

Alisson Menidakkan Kritikan Yang Sering Dilemparkan Terhadap Achterberg

Jurulatih goli Liverpool, John Achterberg menerima sokongan daripada pemain yang tiba di Anfield pada musim panas lalu, Alisson Becker.

Penjaga gawang Brazil itu memberikan persembahan yang mengagumkan sejak menyertai Liverpool dari Roma, setelah kekal tanpa bolos dalam lapan perlawanan dan membuktikan dirinya sebagai pengganti yang kuat apabila Karius dipinjamkan ke Besiktas untuk dua tahun.

Nasib buruk yang dialami Karius ketika final Liga Juara-Juara menandakan berakhirnya karier pemain Jerman itu di Anfield – dengan banyak kritik juga mengatakan prestasi Karius yang semakin merosot adalah disebabkan jurulatihnya, Achterberg. Isu ini menjadi titik perselisihan di kalangan peminat Liverpool yang menganggap Achterberg sudah tidak berkualiti.

Jurgen Klopp seperti biasa memberikan sokongan penuh terhadap jurulatih goli kelahiran Belanda itu dan ketibaan Allison telah memulihkan keadaan.

“Saya sangat gembira,” kata Alisson kepada Liverpoolfc.com.

“Dia membuatkan saya (rasa) sangat tenang dan santai setiap hari dan kami belajar dari bidang masing-masing. Saya telah menunjukkan beberapa perkara yang menyumbang kepada kerjanya dan begitu juga dia telah membantu saya dengan perkara-perkara yang saya boleh baiki di padang.

“Saya percaya hubungan antara penjaga gol dan jurulatih penjaga gol perlu menjadi saling-menyalingi, dengan kepercayaan yang besar, dan kami berkerja sebagai satu pasukan, berlatih bersama, dan saya semakin hebat dengan penjaga yang lain.

“Kamil [Grabara] dan Caoimhin [Kelleher] adalah pemain yang mempunyai potensi besar. Saya belajar dari mereka di padang juga.

“Dan tentu saja ada Simon [Mignolet], yang telah lama berada di Liverpool dan lama di Liga Perdana. Dia telah banyak membantu saya dalam latihan sehari-hari dan dalam permainan.

“Mereka semua telah menunjukkan diri mereka sebagai orang hebat, orang yang hebat.”

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : TeamTalk

Post Author: Wade Wilson