Ejen Jorginho Mendedahkan Klien Beliau Akan Ke Manchester City Dengan Syarat Mudah

Jika kedua dua kelab dapat mencapai persetujuan untuk perpindahan pemain berusia 26 tahun itu.

Dan harapan untuk menyaksikan pemain ini dibawa masuk ke Anfield tampak telah terkubur menerusi pendedahan ejen Jorginho – dengan potensi Man City untuk meningkatkan kekuatan di bahagian tengah pasukan tersebut.

Jorginho merupakan antara pemain yang mempersembahkan kualiti permainan yang baik yang membantu Napoli menduduki tangga kedua Serie A musim ini, sekaligus mendapat perhatian beberapa kelab utama di Eropah.

Liverpool juga sedang memantau perkembangan pemain di bahagian tengah untuk dibawa masuk – dan Jorginho merupakan nama nama yang dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool sebelum ini.

Namun ejen Jorginho, Joao Santos mendedahkan bahawa kliennya akan berlepas ke Man City dalam masa terdekat untuk menyelesaikan perpindahan tersebut.

Menurut Santos menerusi Calcio Napoli 24 :

“Jorginho masih mempunyai kontrak dengan kelab, namun jika Napoli mencapai persetujuan dengan Man City maka beliau akan ke Man City”.

“Mencapai persetujuan dengan kelab Inggeris bukanlah satu masalah, jika dilihat dari sudut kepentingan tetapi saya mengulangi sekali lagi pemain itu masih mempunyai kontrak 2 tahun di sini”.

“Man City adalah juara England dan berada di kalangan kelab terbaik di Eropah”.

“Buat masa sekarang kami harus bersikap tenang. Jika Napoli dan Man City dapat mencapai kata sepakat dan kita akan bercakap mengenai ini lagi dan klien saya sudah cukup gembira di sini”.

“Buat masa sekarang Napoli masih sibuk dalam perancangan mereka untuk musim hadapan”.

“Saya berharap dapat mengadakan perbincangan dengan pengarah mereka, mungkin beliau berada di Naples untuk beberapa hari bagi memperkatakan mengenai Jorginho”.

ADMIN

Ejen Jorginho benar benar mahukan perpindahan ke Man City secepat mungkin, mungkin faktor kuasa wang atau sebagainya.

Liverpool pula hanya memantau namun setakat ini tidak mengemukakan bidaan rasmi secara umum. Mungkin tiada dalam radar.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman