Ekslusif: Bagaimana Situasi Penjaga Gol Utama Liverpool Ketika Ini?

Loris Karius, Simon Mignolet, Danny Ward menjadi tajuk perbincangan. Manakala Alisson, Jack Butland menjadi perkhabaran yang masih tidak rasmi lagi.

Ketika ini, Liverpool mungkin akan kekal dengan Loris Karius untuk jangka masa panjang bagi penjaga gawang No 1 Liverpool dan menafikan minat terhadap Allison dan Jack Butland.

Pasukan The Reds mungkin berkemungkinan untuk berbelanja besar dalam perpindahan musim akan datang dengan prestasi Simon Mignolet yang tidak konsisten.

Nama yang dicadangkan adalah Allison, penjaga gol AS Roma sebagai pilihan utama, Penjaga gawang Stoke City, Jack Butland dan Jan Oblak menjaga gawang Atletico Matdird mungkin pilihan terbaik bagi kualiti penjaga gol buat waktu ini di seantero Eropah.

Jurgen Klopp telah melakukan satu keputusan yang tegas dengan menggantikan Loris Karius menjadi penjaga gol utama mengambil tanggungjawab itu daripada Simon Mignolet.

Penjaga gol Jerman telah berterusan untuk mempertingkatkan permainannya, menjadi penjaga gol utama dalam 11 daripada 12 perlawanan terakhir serta bermain dengan baik sebagai pelan utama Jurgen Klopp masa akan datang.

Menurut James Pearce daripada Liverpool Echo, Jurgen Klopp seolah-olah akan kekalkan Loris Karius untuk jangka masa panjang setelah melihat prestasi Loris Karius ketika ini.

Ini mungkin satu kemaskini maklumat yang mana Liverpool Echo ada menceritakan bahawa Loris Karius diberikan ‘peluang’ untuk menunjukkan prestasinya hingga hujung musim nanti sebelum keputusan pembelian penjaga gol baru dilakukan atau tidak bergantung kepada prestasi Loris Karius.

Pearce melaporkan bahawa skuad The Reds telah meninjau permainan Allison secara tetap dan mengatakan pemain itu adalah salah satu sasaran utama. Namun, disebabkan prestasi Karius kini, dan harga yang ‘tidak munasabah’ yang dicadangkan (sekitar 80 juta pounds), Liverpool mungkin akan kekalkan sahaja Loris Karius.

“Liverpool telah menghubungi wakil Alisson untuk mengatakan bahwa Liverpool mungkin tidak akan melakukan bidaan kepada penjaga gol AS Roma itu.”

Dalam waktu yang sama, Liverpool juga tidak mahu untuk melakukan sebarang bidaan kepada Butland yang dilaporkan bernilai 40 juta pound.

Secara asasnya, penjaga gol baru adalah terletak kepada 2 penjaga gawang tambahan yang mungkin menunjukkan halaja tuju Mignolet dan Danny Ward masih ragu-ragu.

Pearce membuat kesimpulan bahawa Mignolet berkemungkin tidak mahu kekal di Liverpool sekiranya berada di belakang Loris Karius. Dan turut menyatakan prestasi Ward perlu dipertingkatkan lagi untuk menunjukkan nilaiannya.

Ward hanya tampil sebanyak 1 kali dalam musim ini ketika kekalahan menentang Leicester City dalam Piala Liga dan hanya berada dalam bangku simpanan sebanyak 3 kali sepanjang musim.

Ini mungkin menunjukkan bahwa Liverpool bakal menurunkan taraf penjaga gawang Wales itu kepada skuad bawah 23 tahun sahaja.

Jika pelan ini kekal, Loris Karius akan menjadi penjaga gol no 1 Liverpool dan Ward mungkin akan bersaing sebagai penjaga gawang yang kedua. Jikapun Mignolet berpindah, berkemungkinan Kamil Grabara akan dinaikkantaraf kepada penjaga gol ketiga Liverpool.

Secara kesimpulannya, berkemungkinan besar tiada pembelian penjaga gawang baru utama pada musim hadapan jika Loris Karius masih kekal mantap seperti ketika ini yang telah berjaya melakukan 5 clean-sheet daripada 8 penampilan terakhir.

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Bos LMreds