Ekslusif: Ini Adalah Jersi Utama Liverpool Musim Hadapan?

Seperti yang diketahui, Liverpool bakal mengeluarkan jersi baru lagi pada musim hadapan. Mengikut tradisinya, jersi ‘home’ atau jersi pertama akan diwar – war kan secara umum sekitar bulan April.

Musim lepas, Liverpool mengisytiharkan baju jersi baru atau jersi pertama ini pada 24 April tahun lepas.

Namun, footyheadline, salah satu pembongkar rahsia jersi di seluruh dunia sebelum tarikh rasmi telah membongkarkan jersi Liverpool yang pertama pada musim hadapan.

Bajunya adalah seperti berikut:

Dalam jersi terbarunya ini, Liverpool menggunakan warna yang sama seperti biasa. Perbezaan adalah garisan (trim line) di bahagian kolar baju.

Corak tersebut wujud di bahagian bahu dengan menggunakan warna putih.

Semua logo baju, lambang Liverpool dan lambang penaja menggunakan warna putih. Logo Liverpool menggunakan logo tradisional Liverpool.

Stokin dan seluar sama seperti musim lepas dan berwarna merah juga.