Ekslusif : Liverpool Menamatkan Minat Dapatkan Allison Kerana Mahal

Allison dan Loris Karius adalah mungkin polisi baru bagi penjaga gol Liverpool.

Ketika ini, Liverpool telah menamatkan minat untuk mendapatkan penjaga gawang daripada AS Roma ini, Allison dan mungkin akan mencari penjaga gol yang lain.

Liverpool mungkin tidak lagi meneruskan inat untuk mendapatkan Allison yang turut dibantu oleh faktor peningkatan daripada Loris Karius sebagai penjaga gol utama Liverpool pada masa akan datang.

Pasukan The Reds telah membuat langkah awal dengan cuba melakukan perbincangan awal bagi mendapatkan penjaga gol Brazil itu. Dan kini, perbincangan itu tidak lagi diteruskan.

Allison ada dalam radar Liverpool, namun kerana harga yang mahal yang dicadangkan oleh AS Roma, maka Liverpool bakal mencari penganti yang lain.

Ini kerana jika Loris Karius kekal boleh ‘diharapkan’, maka Liverpool tidak akan mencari penjaga gol utama. Liverpool hanya akan mencari penjaga gol ‘kedua’ bagi memberi saingan kepada Loris Karius.

Ini berikutan Simon Mignolet, penjaga gawang berusia 29 tahun daripada Belgium menzahirkan bahawa dirinya tidak mahu untuk menjadi penjaga gol yang kedua. Dan potensi untuk pemain ini berpindah pada hujung musim nanti agak tinggi.

LIVERPOOL, ENGLAND – Saturday, October 1, 2016: Liverpool’s goalkeeper Loris Karius makes a save from Swansea City’s Jack Cork during the FA Premier League match at the Liberty Stadium. (Pic by David Rawcliffe/Propaganda)

AS Roma telah memberikan harga cadangan pada kadar £70 juta bagi penjualan penjaga gol ini. Ini juga berikutan siri ‘kekecewaan’ AS Roma yang menjual Mohamed Salah dengan harga yang lebih murah daripada pasaran.

Penyerang daripada Mesir itu telah dijual pada harga £36.9 dan mampu untuk mencapai maksimum £40-45 juta. Walaubagaimanapun, pemain itu , Mohamaed Salah telah menjaringkan 30 gol dalam 36 perlawanan mungkin mampu untuk dijual pada harga yang lebih tinggi.

Pada pertengahan musim ini, Jurgen Klopp telah membuat keputusan untuk menurunkan ‘darjat’ Simon Mignolet dan memberikan Loris Karius untuk bermain. Dalam masa yang sama, Jurgen Klopp memberi cabaran kepada penjaga gawang Jerman itu untuk menjadi penjaga gol utama, jadi Liverpool tidak perlu berbelanja besar untuk dapatkan penjaga gawang.

“Saya gemar dan sentiasa putuskan, penyelesaian yang terbaik adalah memberi peluang kepada pemain saya. Mereka akan meningkat naik, mereka akan berikan keputusan dan menjadi lebih baik. Masalah utama adalah semua orang melihat mereka(peminat).”

Ketika ini, Jurgen Klopp mungkin setuju dan gembira dengan prestasi Loris Karius apabila telah mendapatkan 3 cleansheet daripada 4 perlawanan terakhir.

Ternyata, keyakinan semakin meningkat dan Jurgen Klopp percaya ianya adalah satu solusi yang terbaik bagi Liverpool untuk akan datang.

Jika Karius kekalkan prestasi sebegini hingga akhir Mei nanti, Liverpool hanya akan mencari ‘penjaga gol no 2’ bagi mencabarnya.

Jika tidak mungkin Liverpool akan mendapatkan penjaga gol no 1 yang mana ianya akan melibatkan kewangan yang tinggi yang mungkin boleh disalurkan dalam posisi yang lain.

Berkemungkinan Danny Ward akan diberikan peluang untuk bermain dalam pasukan lain sebagai penjaga gawang utama di dalam liga dan Mignolet yang akan menyambut kelahirannya yang ke-30 berkemungkinan besar menamatkan karier bersama Liverpool sejak 5 musim bersama di Anfield pada hujung musim nanti.

Secara keseluruhannya, ianya terletak kepada Loris Karius juga.

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Bos LMreds