El Hadj Diouf : “Saya Menyesal Menyertai Liverpool Dan Sepatutnya Ke Barcelona atau Man United!”

Bekas pemain Liverpool ini tidak teragak agak untuk mengkritik bekas kelabnya yang ditinggalkan pada 2005.

Dan beliau menyatakan kekesalannya dengan menyertai Liverpool apabila mendakwa mendapat tawaran dari Barcelona dan Man United sebelum menyertai The Reds.

Gerard Houllier membuat keputusan untuk mendapatkan beliau dengan nilai £10 juta pada musim panas 2002, sekaligus mengenepikan Nicolas Anelka yang sebelum itu beraksi cemerlang bersama The Reds ketika dipinjamkan dari PSG.

Diouf menjaringkan gol pertamanya bersama Liverpool dalam penampilan pertama menentang Southampton namun gagal membuktikan nilai setimpal dengan harga yang dibayar kelab dan musim seterusnya beliau gagal menjaringkan sebarang gol.

Diouf kekal sebagai pemain bernombor 9 yang tidak menjaringkan gol sepanjang musim dengan beliau terpalit dengan masalah disiplin dan prestasi hingga dipinjamkan ke Bolton Wanderers.

Dan beliau tidak teragak agak untuk mengkritik bekas rakan sepasukan dan juga kelab sejak berhijrah dengan sekali lagi melemparkan kritikan menerusi RMC Sports :

Menurut Diouf :

“Saya boleh menyatakan bahawa jersi Liverpool adalah sesuatu yang membuat saya menyesal menyarungkannya”.

“Jika saya mampu memutarkan masa lampau, saya sepatutnya menyertai Barcelona atau Man United ketika itu”.

“Pada ketika itu mereka mahukan khidmat saya juga”.

Beliau turut bertindak untuk menasihati pemain remaja sensasi France, Kylian Mbappe untuk menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai inspirasi kariernya berbanding Neymar.

Tambahnya lagi :

“Jika saya dapat memberikan nasihat kepada Kylian Mbappe, beliau tidak harus mencontohi Neymar namun lebih kepada Cristiano Ronaldo”

ADMIN

El Hadj Diouf ni dia sedar tak dia siapa sebenarnya? Pengkritik tetap atau tuan penasihat pemain profesional?

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman