Emre Can Memberikan Sebab Mengapa Beliau Menyertai Juventus Dan Hubungannya Bersama Klopp

Beliau menyertai kelab gergasi Itali itu secara perpindahan percuma pada Julai ini.

Dan beliau menyatakan bahawa beliau mahu menjulang kejuaraan dan mengikuti jejak langkah idolanya, Zinedine Zidane adalah sebab mengapa beliau meninggalkan Liverpool untuk ke Juventus.

Beliau juga mendedahkan bahawa kelab Serie A itu sentiasa menghubungi ejennya sejak beberapa tahun lepas untuk khidmat beliau.

Can telah menolak beberapa tawaran kontrak lanjutan bersama Liverpool sebelum melengkapkan perpindahan ke kelab Itali pada musim panas ini. Beliau bakal mendapat gaji setinggi £14 juta sepanjang tempoh perkhidmatan di sana selama 2 tahun.

Menurut Can :

“Saya mendapat banyak tawaran dari pelbagai kelab sebelum ini”.

“Namun saya mahu ke Juventus kerana mereka mempunyai projek yang khusus di sini. Mereka mahu mensasarkan sesuatu yang bernilai dan saya mahu menjadi sebahagian dari projek tersebut”.

“Saya sangat gembira berada di sini. Saya tahu cara Juventus bermain, saya banyak memerhatikan cara mereka bermain sejak musim lepas. Salah satu idola saya adalah Zinedine Zidane yang pernah bersama kelab ini”.

“Selain itu, jurulatih pertama saya ketika saya mula bermain ialah penyokong Juventus. Semasa saya berumur 6 atau 7 tahun, beliau pernah memberitahu saya bahawa saya akan beraksi bersama Juventus. Dan sekarang ianya menjadi kisah hidup saya yang menarik”.

“Saya mendapati kelab ini mempunyai cita cita besar – dengan menjuarai piala. Ianya sama apa yang saya inginkan – mahu menjulang piala di sini”.

“Saya berpendapat sasaran utama kami adalah untuk menjuarai Serie A terlebih dahulu, dan barulah cuba untuk menjuarai UCL. Saya di sini untuk membantu pasukan”.

Namun beliau menolak cadangan bahawa beliau terlibat dengan perang dingin dengan Klopp sebelum berpindah ke Juventus musim ini.

“Saya mempunyai masalah dengan Klopp? Tidak, saya tidak mempunyai masalah langsung dengan beliau. Saya masih mengekalkan hubungan baik terhadap beliau”.

“Beliau turut mengucapkan semoga berjaya kepada saya ketika saya ke sini. Saya tidak mempunyai masalah dengan Klopp”.

ADMIN

Semoga berjaya di Juventus, Emre Can. Terima kasih atas segalanya di sini. YNWA.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman