Emre Can, Sadio Mane dan Andrew Robertson Menyertai Latihan Di Melwood

Danny Ings juga kembali ke Melwood selepas kecederaan dalam rangka persediaan ke Germany. 

Emre Can dan Sadio Mane akan kembali berlatih pada hari ini di Melwood.

Turut menyertai latihan ialah Andrew Robertson yang mengikuti latihan buat pertama kali di Melwood.

Sadio Mane terlepas kunjungan ke Hong Kong kerana dalam pemulihan kecederaan, namun dilaporkan telah pulih dan akan menyambung semula latihan pramusim bersama skuad LFC.

Manakala Emre Can pula telah memulakan latihan pada Ahad lepas dan akan berlatih bersama pasukan setelah kembali dari kejohanan Piala Konfederasi 2017.

Liverpool akan berlepas ke Germany esok untuk menjalani kem latihan di sana dan akan menentang beberapa pasukan dalam perlawanan persahabatan seperti Hertha Berlin dan juga Bilbao.

Liverpool juga akan terlibat dalam kejohanan Audi Cup 2017.

ADMIN

Bersemangatlah The Reds! YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman