FA Mesir Tidak Akan Menurunkan MoSalah Untuk Mewakili Mesir Dalam AFCON

Negara Afrika bakal bertemu Nigeria dan Republik Niger dalam dua perlawanan kelayakan Piala Afrika (AFCON) pada Mac nanti.

Naib presiden badan bola sepak negara, Ahmed Shobier mengesahkan bahawa bintang Liverpool tidak akan dipanggil untuk bermain dalam perlawanan yang berlangsung pada 22 dan 26 Mac depan.

“Mohamed Salah tidak akan bermain dalam perlawanan Nigeria dalam kelayakan AFCON atau perlawanan persahabatan Nigeria,” kata Naib Presiden EFA kepada KingFut.

“Ahmed Hegazi mungkin juga akan terlepas dari menyertai skuad.”

Memandangkan pasukannya yang sudah layak ke kejohanan AFCON, Jurulatih Mesir, Javier Aguirre dilaporkan akan memberi peluang kepada pemain simpanan untuk turun beraksi nanti.

Ketiadaan Salah dijangka akan menjadi pemangkin untuk Liverpool yang mengejar gelaran Liga Perdana pertama mereka sejak tahun 1990.

Admin – Keputusan FA Mesir ini adalah situasi positif untuk Jurgen Klopp di mana ramai pemain utama Liverpool mengalami kecederaan dan Klopp terpaksa melakukan pelbagai pertukaran peranan. The Reds bakal menentang Fulham pada 17 Mac dan Tottenham pada 31 Mac.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Echo

Post Author: Wade Wilson