Fabinho :”Jika Saya Mahu Ke PSG, Saya Sudah Lakukan Sebelum Ke Sini!”

Beliau memberikan respon terhadap khabar angin yang mengaitkan beliau terhadap perpindahan ke PSG.

Beliau berhijrah dari Monaco ke Liverpool dengan nilai £39.3 juta pada Julai dan tidak berhasrat mahu meninggalkan Liverpool dalam masa terdekat.

Terdapat khabar angin yang mendakwa PSG akan cuba untuk menguji keupayaan Liverpool menahan pemainnya Januari ini, namun perkara itu tidak akan menjadi kenyataan kerana Liverpool enggan menjual pemain itu dan juga pemain itu sendiri enggan berhijrah ke Paris.

Menurut Fabinho menerusi L’Equipe :

“Saya tidak pernah terfikir untuk berhijrah ke mana mana”.

“Saya tahu banyak perkara yang ditulis di dalam akhbar, namun ianya tidak benar. Adalah melucukan perkara mengenai PSG yang berhasrat meminjam khidmat saya keluar tatkala kami sedang menghadapi PSG di Paris ketika itu”.

“Dan saya pernah membaca tentang perkara itu ketika menjelang perlawanan akhir Coupe De Ligue antara PSG dan Monaco pada Mac 2018. Sangat kebetulan dengan cara yang luar biasa bukan?”

Fabinho juga mengakui bahawa beliau pernah bercakap dengan pihak PSG setahun sebelum beliau menyertai Liverpool.

Tambah beliau lagi :

“Secara jujur jika saya mahu menyertai PSG, saya sudah melakukan setahun yang lalu sebelum saya ke Liverpool”.

“Mereka amat berminat dengan saya. Kami berbincang bersama Antero dan ahli lembaga kelab namun kami gagal mencapai sebarang persetujuan”.

“Setahun selepas itu, saya tidak menunggu mereka dan masanya sudah tiba untuk saya meninggalkan France”.

ADMIN

Dah macam Klopp si Fabinho ni membidas kenyataan akhbar. Hahaha.

Permainan psikologi oleh PSG.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman