Fabinho Memberi Respon Terhadap Spekulasi Perpindahan Ke PSG

Pemain dari Brazil ini mula mendapat tenpat di Liverpool setelah beberapa bulan menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan itu.

Dan baru baru ini beliau dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Liverpool pada Januari ini di mana beliau hanya menyertai skuad Klopp ini pada musim panas lepas.

Pada minggu lepas, beliau menggantikan Jordan Henderson yang digantung 1 perlawanan dengan Liverpool mencatatkan kemenangan penting ke atss jiran setempat, Everton.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Jurgen Klopp telah membidas sebarang spekulasi bahawa beliau akan dilepaskan ke PSG buat masa terdekat.

Dan berikut adalah respon Fabinho menerusi UOL Esporte :

“Saya telah diberitahu bahawa terdapat cerita saya di media, namun saya tidak pernah menyatakan mahu meninggalkan Liverpool”.

“Saya tahu saya harus bersabar untuk mendapatkan peluang beraksi. Saya gembira di Liverpool dan tidak mempunyai sebab mahu meninggalkan kelab ini dalam masa terdekat”.

Fabinho mungkin akan diturunkan semula dalam perlawanan menentang Burnley meskipun ketika ini Sadio Mane dan Andrew Robertson masih diragui kecergasannya.

ADMIN

Ini yang kita mahukan dari pemain muda berkualiti seperti Fabinho. YNWA.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman