Fabinho Mula Menyerlahkan Potensi Sebenarnya – Namun Liverpool Perlukan Khidmat Semua Pemain

John Aldridge memberikan pandangan mengenai prestasi sebenar Fabinho selepas Merseyside Derby.

Dan pemain dari Brazil itu semakin menunjukkan peningkatan prestasi ketika perlawanan menentang Everton, dan diharap membuktikan nilai yang setimpal yang dibayar Liverpool.

Tidak dinafikan bahawa beliau semakin faham akan corak permainan bolasepak di England.

Sudah pasti dalam Merseyside Derby pada Ahad, beliau dapat melihat dengan jelas bagaimana corak permainan sebenar di England.

Sebenarnya Fabinho telah menunjukkan  aksi terbaik dalam beberapa perlawanan liga di Anfield.

Kecuali menentang Arsenal di mana beliau dipaksa untuk bermain lebih agresif dan seterusnya gagal mendapatkan rentak permainan beliau yang sebenar.

Bermain di halaman lawan menentang kelab besar, ia lebih terarah kepada mengenalpasti tugas spesifik mereka di dalam padang dan melakukan tugas itu dengan baik.

Fabinho bukanlah salah seorang pemain yang mempamerkan prestasi terbaik ketika menentang Everton – Alisson juga bertindak cemerlang dalam perlawanan tersebut.

Beliau adalah pemain yang terlibat secara langsung dalam sepakan lambung Trent Alexander Arnold, di mana penjaga gol itu menolak kepada pemain muda itu pada jarak 12 kaki untuk mendapatkan sudut hantaran yang lebih baik.

Ianya perkara terbaik yang boleh dijadikan contoh. Beliau boleh memikirkan sesuatu manfaat buat pasukan dan tidak perlu diarahkan untuk melakukan sesuatu di atas padang. Alisson bertindak dengan pantas.

Musim lepas Liverpool banyak mencatatkan keputusan seri di Anfield, sekaligus kehilangan mata penting.

Namun jika Liverpool mempunyai pertahanan yang kukuh dan mampu mencapai kemenangan penting, kita boleh lihat sekarang betapa progresifnya pasukan dalam liga.

Kita meraih mata penting dari pasukan yang sukar untuk ditewaskan. Fulham, Brighton dan Everton adalah contoh terbaik mengapa kemenangan tipis itu penting serta bukti mengapa Liverpool sebenarnya mampu beroleh sesuatu dari perlawanan ini.

Ujian Sebenar Kekuatan Skuad Liverpool

Liverpool sedang memasuki fasa penting dalam liga buat masa sekarang.

Kita akan diuji dengan beberapa perlawanan yang penting musim ini, dengan hampir dua perlawanan setiap minggu. Dan kita akan melihat sejauh mana kekuatan mental dan fizikal dalam skuad Klopp buat masa sekarang.

Jurgen Klopp mempunyai pilihan yang lebih baik berbanding musim lepas.

Jordan Henderson dan James Milner dalam kecergasan yang tinggi menjelang perlawanan menentang Burnley.

Di barisan hadapan, Daniel Sturridge sudah bersedia jika Sadio Mane tidak cergas sepenuhnya.

Dan dari sudut pertahanan, kekentalan itu masih boleh dikekalkan oleh Dejan Lovren jika Klopp mahu merehatkan Joe Gomez.

ADMIN

Ujian sebenar untuk The Reds adalah dalam beberapa perlawanan penting, dengan perlawanan menentang Napoli serta Man United semakin merapati.

Real test untuk skuad Liverpool yang kini jelas mencabar kejuaraan Man City.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman