Fabinho Tavares Ditemu bual Media – Kylian Mbappe Musim Depan ?

Fabinho yang masih berusaha untuk menyesuaikan diri dengan taktikal dan cara bermain yang diterap Liverpool kini berkerja keras untuk itu.

Beliau(Fabinho) yakin beliau mampu sesuaikan diri dengan suasana disini, dan berterima kasih kepada staf dan Jurgen Klopp yang telah memberi latihan yang penting buat beliau selepas tiba di bumi Anfield.

Pemain tengah Brazil itu tiba di Anfield pada Mei lalu dengan tag harga 39 juta dari As Monaco, beliau menjelaskan banyak perkara baru dipelajari dari staf dan Jurgen Klopp dari segi latihan harian dan taktikal yang diterapkan, ia juga menyatakan taktikal ini tidak semudah di Ligue 1 France.

Ini Fabinho Tavares bukan Hairuddin Omar

Dan beliau berlatih keras dengan taktikal diterapkan kerana ia lebih kepada berlari 90 minit diatas padang dan ia sangat berat.

“Beliau Jurulatih yang sangat berharapkan dengan semua pemain beliau tanpa berat sebelah” Kata Fabinho kepada ESPN Brasil 

Dia dan staf kejurulatihan sentiasa ada dengan saya, mereka banyak membantu saya untuk memberi pendapat tentang apa yang saya harus perbaiki setiap hari, ia terlalu banyak perkara baru saya belajar dari luar latihan dan dalam latihan yang tidak pernah diberitahu oleh kelab lama saya dahulu”

” Mereka melakukan kerja sangat hebat dengan mencatat segala kelebihan dan kekurangan yang harus saya perbaiki setiap hari”

“apa yang dapat saya samakan antara Monaco dan Liverpool ialah kedua-dua kelab saya dapat sesuaikan diri dengan cepat dan pemain hadapan sangat hebat, dan saya harap saya dapat bermain seperti yang saya bermain untuk As Monaco”

” sebagai pemain baru saya harus menyesuaikan diri dengan cepat, dengan melakukan debut dan banyak perlawanan ia akan membantu perjalanan permainan saya untuk lebih serasi dari hari ke hari”

Fabinho yang berlatih di Melwood Jumaat lalu telah mengalami kecederaan ringan dan tidak terlalu berat, namun jika beliau cergas sudah pasti Jurgen Klopp akan memilih beliau sebagai pemain utama dalam pertembungan perlawanan pertama Liga menentang West Ham United hari ini pada 8:30 malam nanti.

Padan muka Korang kena kencing – kata Fabinho

Pemain 24 tahun itu juga menjelaskan tentang kata-katanya tentang Kylian Mbappe bulan lalu – Pemain itu akan menyertai Liverpool tidak lama lagi .

“Media bertanya kepada saya tentang Kylian bulan lalu, saya berkata kepada mereka yang Kylian akan sertai Liverpool jika saya berbincang dengan beliau nanti tapi musim ini dia kekal di PSG terlebih dahulu bila musim depan beliau akan datang ke sini, tapi ia cuma gurauan sahaja kerana saya tidak pernah berkata tentang Liverpool kepada beliau tetapi beliau pernah mengucapkan tahniah untuk saya kerana bermain bersama Liverpool ” – Kata Fabinho

Sumber : Echo

Untuk: liverpoolmalaysiareds

Post Author: D'Azmie LMreds

Blood Is Reds So Don't ask why Me Be Liverpool Fan