Fabinho Terus Menyesuaikan Diri Dengan Cara Klopp – Ian Doyle

Kunjungan The Reds ke ke Paris Saint-Germain untuk Liga Juara-Juara pada minggu lalu merupakan sebuah peluang terbaik untuk Fabinho yang mempunyai reputasi di Perancis dengan Monaco, akhirnya membuktikan mengapa Jurgen Klopp setuju dengan perpindahan £ 40 juta pada musim panas ini.

Tetapi umumnya, kerjaya pemain antarabangsa Brazil di Anfield setakat ini tidaklah begitu memuaskan. (Admin: Hal ini kerana, Klopp masih belum selesai meng-‘eksperimen’ keupayaan Fabinho dalam perlawanan)

Fabinho kekal di bangku simpanan sepanjang The Reds tewas 2-1 dalam pertandingan pada pertengahan minggu lalu (PSG-LIV, UCL).

Namun begitu, pemain tengah itu diturunkan dalam permainan di Anfield tengah malam tadi, untuk debutnya dalam Derby Merseyside bersama Gini Wijnaldum di bawah formasi Klopp 4-2-3-1.

Malam tadi Fabinho tidaklah begitu tenggelam mahupun amat menonjol (Fabinho telahpun diturunkan dalam tiga perlawanan di Anfield, sebelum ini). Walau bagaimanapun, dia beraksi dalam permainan yang sukar, sangat sukar.

Fabinho bertindak dengan hebat, membuktikan kekuasaannya pada pertukaran awal dan berjaya membuat tackle serta memintas tepat pada masanya beberapa kali ketika Everton mula memperoleh keyakinan dan berkembang pada separuh masa kedua perlawanan.

Pemain Brazil itu juga cepat memulakan serangan – mungkin petunjuk terbesar bahawa dia sedang menyesuaikan diri dengan cara Klopp.

Para Kopites juga mula menunjukkan penghargaan mereka ke atas Fabinho – ia merupakan satu tindakan yang bermakna buat Fabinho selepas permulaan yang sukar bagi dia sejak beberapa bulan ini.

Ya, pemain berusia 25 tahun itu bukanlah tanpa cela. Fabinho dilayangkan kad kuning pada suku masa terakhir perlawanan apabila dia terlibat dengan beberapa perlanggaran.

Itu, bagaimanapun, adalah apa yang perlu dilalui dalam dunia bola sepak. Fabinho secara keseluruhannya, telah dan sedang mempersembahkan keupayaanya.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Echo

Post Author: Wade Wilson