‘Fabulous Fabinho’ 💪 : Hasil ‘Peraman’ Klopp Menjadi Begitu ‘Sedap’ Sekali Untuk Dinikmati

Bercakap ketika pra perlawanan menjelang pertembungan pertamanya vs United berjersi Liverpool, Fabinho berkata, :

Apabila saya menyertai Liverpool, inilah perlawanan yang saya nantikan !

Pemain antarabangsa Brazil itu jelas bertekad untuk meninggalkan kesan yang ketara berkaitan penglibatan beliau dalam salah satu perlawanan bola sepak terbesar di dunia ini, ‘rival’ abadi diantara Liverpool vs Manchester United.

Ternyata jelas, Fabinho tampak begitu ‘sempoi’ sekali beraksi, dan aksi persembahannya juga boleh disifatkan sebagai gabungan pertahanan yang kental disamping kreatif dalam membuat serangan.

Beliau turun dibahagian tengah Liverpool, turut memberi ‘assist’ kepada gol pembukaan hasil jaringan Mane.

Selain, beliau sendiri begitu berani dan bersahaja untuk cubaan menjaringkan gol dari luar kotak. Bukan sekali, malah beberapa kali, insyaallah ☝️ satu hari nanti pasti membuahkan hasil.

Boleh dikatakan, satu prestasi yang sangat-sangat cemerlang dari pemakai nombor 3 Reds ini.

Atas sebab itulah juga beliau dinobatkan peminat Reds untuk pemain terbaik perlawanan.

Hasilnya, setelah begitu serasi beliau dengan taktikal Liverpool, segalanya pasti menjadi. Cuma masa sahaja yang diperlukan sebelum ini.

Hasil ‘peraman’ Klopp ini begitu sedap sekali, ‘diperam’ lama, lagi sedap untuk dinikmati .. ‘marvelous’ !

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool FC

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds