Fakta Perlawanan : Brighton vs Liverpool

Sadio Mane akan mencapai rekod baru jika diturunkan dalam perlawanan hari ini.

Pemain dari Senegal yang menyertai Reds pada 2016 ini akan melakukan penampilan ke 100nya buat Liverpool hari ini jika diturunkan.

Mane telah menjaringkan 42 gol setakat ini buat Liverpool, dengan menentang 23 pasukan berbeza namun belum lagi menjaringkan gol ke atas Brighton.

Fakta Perlawanan 

Liverpool telah memenangi 16 pertemuan, seri 8 kali dan tewas 4 kali dalam 28 pertemuan ke atas Brighton dalam pelbagai kejohanan. Di Brighton, Liverpool memenangi 6 perlawanan, 2 kali kalah dan 5 kali seri. 

Tiga pertemuan sebelum ini dimenangi oleh Liverpool, dengan menjaringkan 10 gol dan bolos 1 gol. 

Mo Salah adalah pemain pertama yang menjaringkan gol ke 100 dalam sejarah pertemuan kedua dua kelab ketika perlawanan pertama musim ini di Anfield. 

Liverpool harus menjaringkan 4 gol lagi untuk mencatatkan 50 gol ke atas kelab dalam pertemuan di EPL. 

Liverpool tidak pernah mencatatkan lebih daripada 2 perlawanan tanpa bolos dalam sejarah bolasepak kelab. 

Virgil Van Dijk akan melakukan penampilan ke 50 beliau bersama Liverpool jika diturunkan dalam perlawanan ini. 

Liverpool tidak pernah tumpas dua perlawanan berterusan dalam EPL sejak Jurgen Klopp mengambilalih jawatan sebagai pengurus. 

Chris Houghton telah tumpas dalam kesemua 6 pertemuan ke atas Liverpool sebagai pengurus, dengan dibolosi 25 gol ketika ini. 

ADMIN

Mendebarkan perlawanan kali ini. Brighton bukanlah pasukan yang boleh dipandang remeh namun apapun kita yakin Liverpool boleh memenangi perlawanan ini.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman