Fakta Perlawanan Mengenai Perisai Komuniti 2019

Liverpool dan Man City akan turun ke Wembley bagi merebut gelaran Perisai Komuniti sekaligus membuka tirai EPL musim ini.

Berikut adalah 10 fakta menarik mengenai Liverpool dalam perebutan gelaran hari ini :

Ini merupakan penampilan ke 22 Liverpool dalam perlawanan Perisai Komuniti. Liverpool telah memenanginya sebanyak 10 kali dan berkongsi kejuaraan sebanyak 5 kali sebelum ini.

Hanya Manchester United dan Arsenal berjaya meraih gelaran ini lebih banyak dari Liverpool, masing masing dengan 17 kali dan 14 kali. Jika Liverpool berjaya memenanginya hari ini, ianya bakal menyaksikan kelab itu mencatatkan 16 kali gelaran.

Kali terakhir Liverpool menjulang gelaran ini adalah pada musim 2006 – 2007, apabila menewaskan Chelsea 2 – 1 hasil jaringan John Arne Riise dan Peter Crouch.

John Arne Riise vs Chelsea 2006

6 kejuaraan Perisai Komuniti terakhir yang dimenangi Liverpool berakhir dengan perbezaan 1 gol.

Dua pemain sebelum ini telah menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini. Terry McDermott telah menjaringkan 2 dari 3 gol ketika perlawanan ini pada 1979, manakala John Aldridge menjaringkan 2 gol ketika Liverpool menewaskan Wimbledon pada 1988.

Ini merupakan kunjungan ke 39 Liverpool ke Wembley – dengan memenangi 19 kali, kalah 13 dan seri 6 kali.

Kali terakhir kunjungan Liverpool ke Wembley adalah pada September 2018, apabila Liverpool menewaskan Spurs 2 – 1 hasil jaringan Georginio Wijnaldum dan Roberto Firmino.

12 perlawanan terakhir Liverpool menentang Man City dalam pelbagai kejohanan berakhir dengan 7 kemenangan, 3 kali seri dan 2 kekalahan di Stadium Etihad.

Man City belum pernah menewaskan Liverpool dalam kejohanan besar dengan selesa sejak 1937 – mereka hanya memenangi perlawanan 5 – 0 dan 5 – 1 di liga.

City telah memenangi 6 perlawanan berterusan di Wembley ketika ini, dengan kekalahan terakhir mereka adalah pada separuh akhir Piala FA 2017 menentang Arsenal.

ADMIN

Rumit juga perlawanan hari ini. Tapi apapun kita hadap dengan yakin. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman