Frank Lampard Menjelaskan Mengenai Masa Depan Harry Wilson Di Derby County

Liverpool ada meletakkan klausa “recall” dalam perjanjian pinjaman semusim untuk pemain tersebut.

Namun pemain itu dijangka akan melengkapkan tempoh pinjaman beliau selama semusim di Derby County menurut Frank Lampard.

Pemain dari Wales itu telah menunjukkan prestasi yang amat mengagumkan, dengan menjaringkan 10 gol dari 24 penampilan bersama The Ram ketika ini.

Menjaringkan gol dengan gaya beliau tersendiri, Liverpool boleh memanggil kembali pemain ini ke Melwood bila bila masa jika mereka mahukan.

Jurgen Klopp juga sudah memaklumkan bahawa beliau tidak berniat untuk memanggil Harry Wilson pulang ke Melwood dan hanya melakukannya jika ada pemain barisan serangan yang mengalami kecederaan jangka panjang.

Meskipun Liverpool mengalami kecederaan yang agak merisaukan ketika ini, namun Lampard yakin pemain itu akan kekal di Derby sehingga hujung musim ini.

Menurut Lampard :

“Saya tidak mendengar apa apa dari Liverpool buat masa sekarang. Tiada berita dari sana bermakna semuanya bagus”.

“Saya berharap beliau akan kekal dengan kami kerana saya berpendapat pinjaman beliau ke sini memberi manfaat kepada semua pihak”.

“Dari segi persembahan peribadi, 10 gol adalah sesuatu yang menakjubkan, jaringan menarik beliau amat mengujakan namun saya lebih teruja melihat prestasi beliau dalam beberapa bulan sebelumnya”.

“Keseluruhan persembahan, tenaga, cara beliau mendapatkan bola telah dianggap sesuatu yang penting buat beliau, dan ianya akan menjadi lebih baik lagi selepas ini”.

“Kredit kepada Harry dan diharap beliau dapat meneruskan peningkatan sepanjang musim ini”.

Berikut adalah paparan video mengenai Harry Wilson di Derby County.

ADMIN

Walaupun begitu, dijangka beliau akan kekal di Derby County musim ini. Barisan serangan kita tidak mempunyai masalah buat masa sekarang.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman