Franz Beckenbauer Mahu Klopp Ke Bayern – Reaksi Beliau Sendiri

Beliau gembira di Liverpool dan mengakui Liverpool adalah kelab yang ‘tepat’ untuk beliau.

Dan Klopp menganggap pujian ‘Raja Bolasepak Germany’ itu diibaratkan sebagai ‘penganugerahan gelaran Datuk dari Raja’ sahaja.

Sebelum ini Beckenbauer menyatakan Klopp adalah orang yang dimahukan untuk membina semula Bayern Munich, selepas kelab itu ditundukkan oleh Liverpool dalam pusingan kedua kalah mati UCL 2018 2019.

Dan Klopp menyatakan beliau masih banyak tugasan yang belum diselesaikan di Liverpool dan beliau telah ‘jatuh hati’ kepada kelab ini.

“Dari pandangan saya, Liverpool adalah kelab yang sesuai buat saya. Saya sukakannya. Kelab ini telah memberikan saya banyak peluang untuk membangunkan pasukan yang bagus”.

“Sudah semestinya ramai orang memperkatakan mengenai saya setiap masa. Bila anda menang, anda yang terbaik. Bila anda tewas, anda dianggap tidak tahu apa apa mengenai bolasepak. Itu adalah sesuatu perkara yang berlaku di luar, di sini tiada seorang pun pernah memperkatakan mengenai itu”.

“Saya masih mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa saya lah pengurus yang sesuai buat masa sekarang”.

“Sudah semestinya saya akan melihat bagaimana masa depan selepas ini. Kami di sini terpaksa membuktikan setiap hari bahawa kami berada di landasan yang betul. Buat masa sekarang ianya masih relevan – dan diharap ia berkekalan lebih lama”.

Liverpool kembali ke kemuncak prestasi selepas membenam cabaran sang juara 28 kali Bundesliga Germany, Bayern Munich dengan jaringan 3 – 1 di halaman sendiri.

Franz Beckenbauer merupakan bekas pemain Bayern dan Germany yang telah menjulang 3 kejuaraan UCL bersama kelab dan juga Piala Dunia untuk skuad kebangsaan. Beliau masih mempunyai pengaruh yang besar di kelab walaupun meletakkan jawatan sebagai presiden kelab sejak 9 tahun lalu.

Dan Beckenbauer telah mengenalpasti Klopp sebagai calon yang sesuai untuk membimbing Bayern, di mana bergelut untuk mempertahankan kejuaraan Bundesliga bersama Niko Kovac dalam musim pertamanya sebagai pengurus kelab.

Tambah Klopp lagi :

“Seseorang memberitahu saya ianya dinyatakan sendiri oleh Beckenbauer. Tidak, saya tidak tertekan di sini”.

“Saya telah mengenali beliau selama 14 tahun, dan saya menganggap beliau sebagai rakan saya. Bila dia menyatakan perkara positif mengenai saya, saya menganggap ianya satu anugerah Datuk daripada seorang Raja”.

“Tiada legenda Germany yang lebih besar dari Franz Beckenbauer sendiri. Namun pujian kepada saya juga satu pujian buat Liverpool. Namun saya gembira dengan apa yang saya miliki dan berada di Liverpool sekarang”.

ADMIN

Beckenbauer bukan sahaja mahukan Klopp, tetapi “isi” kelab Liverpool sekarang.

Kami masih mahu Jurgen Klopp di Liverpool.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman