Fulham Dan Huddersfield Berminat Mahu Mendapatkan Khidmat Harry Wilson?

Kedua dua kelab itu sedia membayar sejumlah £7 juta untuk pemain itu.

Manakala Liverpool pula bersedia untuk meminjamkan pemain ini sekali lagi untuk pemain itu memperkembangkan bakatnya sekali lagi.

Wilson telah menandatangani kontrak jangka panjang baru bersama Liverpool pada Januari lepas sebelum ke Hull, dan kemudian menjaringkan 7 gol dari 13 penampilan bersama kelab tersebut.

Wilson merupakan pemain termuda Wales yang melakukan penampilan antarabangsa pertama pada usia 16 tahun dan 207 hari, masih mempunyai masa depan yang cerah bersama Liverpool walaupun kali terakhir Klopp menurunkan beliau di bangku simpanan pada Januari 2017.

Namun Wilson menganggap bahawa beliau masih memerlukan minit permainan yang banyak untuk terus memperkembangkan bakatnya dan seterusnya meletakkan Liverpool dalam dilema.

Fulham dan Huddersfield berhasrat untuk mendapatkan khidmat pemain muda ini sekiranya tidak mendapat tenpat dalam perancangan Klopp musim depan dengan beranggapan pemain muda itu sudah bersedia untuk menghadapi cabaran bersama skuad utama kelab EPL.

ADMIN

Harry Wilson adalah salah satu pemain prospek akademi yang wajar diberi peluang.

Namun untuk bersaing dengan barisan serangan sedia ada sekarang tampak sukar …..

Sumber : Daily Mirror

Related posts