Ganjaran Yang Diperolehi Liverpool Setelah Menumpaskan Bayern Di Pusingan Kedua UCL

The Reds diberikan ganjaran yang cukup lumayan setelah layak ke Suku Akhir UCL.

Liverpool melangkah ke Final 8 dalam UCL apabila mengejutkan Bayern Munich 3 – 1 di Allianz Arena.

Undian dijangka akan dilakukan pada 7 malam ini, Liverpool dijangka akan mencongak strategi untuk cuba menjuarai gelaran UCL keenam mereka dengan Liverpool telah menerima ganjaran setelah layak ke pusingan seterusnya.

Jika mereka berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir, ganjaran tambahan yang diberikan adalah €12 juta. (£10.32 juta).

Kemenangan ke atas Bayern telah memberikan Liverpool sejumlah €10.5 juta (£9 juta).

Dan jika mereka mengulangi pencapaian layak ke Final, sebanyak €15 juta (£12.9) bakal diterima Liverpool.

Pemenang akan menerima ganjaran tambahan €4 juta. (£3.44 juta).

Mengikut ramalan bookie, Man City merupakan calon pasukan untuk menjulang kejuaraan UCL musim ini sambil Liverpool diberikan pilihan keempat untuk menjulang gelaran tersebut.

ADMIN

Belum lagi ditambah dengan bayaran hak penyiaran.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman