Gareth Bale Dan Sergio Ramos “Menyerang” Mo Salah Di Atas Anugerah Puskas FIFA

Kedua dua pemain ini mempersoalkan anugerah yang diberikan kepada pemain dari Mesir tersebut.

Gareth Bale menganggap anugerah yang diberikan kepada Mo Salah sesuatu yang “merendahkan” taraf pencapaian tersebut – manakala Sergio Ramos “menyindir” Mo Salah menerusi foto terbaru di Instagram.

Jaringan menakjubkan Mo Salah ketika menentang Everton musim lepas dinobatkan sebagai gol terbaik untuk musim 2017 setelah mendapat undian tertinggi peminat bolasepak menerusi laman web FIFA.

Bale merupakan salah satu calon awal untuk menerima anugerah tersebut menerusi gol sepakan gunting beliau ketika Final UCL, namun gagal menempatkan diri di kelompok 3 calon akhir.

Dan bekas pemain Southampton dan Spurs itu berkata Mo Salah tidak layak memenangi anugerah tersebut.

Menurut Bale menerusi Four Four Two :

“Ianya mengejutkan saya secara jujurnya namun apa yang saya boleh katakan?”

“Ia dilihat seperti merendahkan taraf penerima anugerah tersebut, meskipun ianya gol yang bagus daripada Mo Salah”.

“Namun saya menjaringkan gol lebih baik dari itu. Saya berada dalam posisi badan yang terbaik, kedudukan kami yang betul dan berjaya menghasilkan sesuatu”.

“Saya juga tahu bola itu akan menemui sasarannya ke gol namun berharap penjaga gok ketika itu tidak melakukan tepisan luar biasa”.

“Jadi selepas saya menyepak bola itu, saya tahu akan peluang untuk mendapatkan gol. Jika anda melihat saya ketika itu, anda dapat melihat saya seperti tahu arah bola tersebut”.

Salah tidak dapat meneruskan permainan ketika Final UCL disebabkan kecederaan bahu setelah dijatuhkan oleh Sergio Ramos.

Ianya menimbulkan kemarahan sebahagian besar penyokong Liverpool dan menjadi figura paling dibenci di Egypt ketika ini.

Ramos yang enggan memohon maaf di atas insiden tersebut, sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila memuatnaik satu foto menerusi laman Instagram beliau dengan menunjukkan bahu beliau yang berbalut.

“Tiada hari untuk bercuti” – katanya.

Salah hampir terlepas aksi Piala Dunia 2018 disebabkan kecederaan tersebut dan mengalami kesan ke atas persembahannya hingga Egypt tersingkir seawal peringkat kumpulan.

ADMIN

Undian dilakukan oleh peminat bolasepak wahai Gareth Bale. Bukan jurulatih atau pemain yang mengundi. Ikut suka diorang la.

Sergio Ramos ni nak kena lagi dengan Lovren ke?

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman