Gary Neville : Penyerang Man United Sepatutnya Belajar Dari Mo Salah Dan Sadio Mane

Anthony Martial menjaringkan 2 gol untuk Man United dalam perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge.

Dan lagenda Man United itu menyarankan pemain serangan Man United harus belajar daripada Mo Salah dan Sadio Mane untuk menjadi lebih efektif di hadapan gol lawan.

Man United mendahului Chelsea 2 – 1 setelah ketinggalan 1 – 0 di separuh masa kedua apabila Anthony Martial menjaringkan 2 gol ketika itu.

Namun Ross Barkley menyamakan kedudukan 2 – 2 pada minit ke 95 masa tambahan untuk membolehkan kedua dua pasukan berkongsi 1 mata di Stamford Bridge.

Dan Gary Neville meletakkan sebab mengapa Man United ketika itu gagal meraih 3 mata penuh dalam perlawanan tersebut.

Menurut Neville :

“Mereka sepatutnya melakukan dengan lebih baik lagi, terlalu banyak bakat di barisan serangan”.

“Jika anda memikirkan Lukaku, Rashford, Sanchez dan Martial anda sebenarnya mahukan lebih dari mereka”.

“Saya mahu lihat larian pantas dari Lukaku. Saya mahukan dua pemain sayap, sesiapa sahaja – anda lihat sendiri Sadio Mane dan Mo Salah melakukan di Liverpool bagaimana mereka membuat larian dari tepi dan masuk ke petak penalti lawan”.

“Saya tidak menyatakan pemain itu seharusnya berada di kawasan tepi, tetapi pengakhirannya mereka harus berada di posisi untuk menjaringkan gol lebih kerap dan menunjukkan kualiti yang cukup bagus di kawasan itu”.

“Saya berpendapat di separuh masa pertama, terdapat jurang yang luas antara teknikal pemain. Eden Hazard dan Willian lebih memahami posisi serta tugas mereka jika dibandingkan dengan Rashford dan Martial”.

“Namun pada separuh masa kedua Martial memberikan harapan. Beliau menunjukkan apa yang boleh dilakukan dan begitu juga Rashford namun mereka berdua harus menunjukkan konsistensi”.

ADMIN

Kalau dia bercakap mengenai musim lepas memang benar semua itu.

Gary Neville bercakap seolah taktikal setiap pasukan ni sama. Haha.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman