Gary Neville: Tottenham Akan Tersingkir Dari Perlumbaan, Sementara Liverpool Mempunyai Peluang Untuk Menjulang Piala Liga

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Neville mengatakan Liverpool mempunyai peluang yang ‘luar biasa’ untuk menamatkan penantian mereka untuk gelaran Liga Perdana.

Dia berkata: Kita mempunyai dua pasukan hebat untuk ditonton, mereka adalah pasukan cemerlang, sangat cemerlang. Saya fikir kedua-duanya berada di bawah tekanan sebenar kerana sebab yang berbeza. ‘Sebuah kelab seperti Liverpool, dan sejarah yang diperolehnya untuk memenangi gelaran, tidak boleh pergi 25, 26, 27 tahun tanpa menang, dan ini adalah peluang yang luar biasa. ‘Ia bukannya jika Liverpool tidak menang sekarang, dan mereka tidak boleh menang selamanya, tetapi Liverpool akan sentiasa mempunyai peluang di masa depan, namun anda tidak tahu bila peluang berikutnya akan datang, anda tidak tahu sama ada Chelsea atau Manchester United atau Manchester City akan menjadi lebih baik tahun depan.

Namun, ini adalah momen di mana Liverpool perlu mengambilnya. Neville juga menjangkakan Tottenham akan tersingkir dari perlumbaan Liga, walaupun pasukan Mauricio Pochettino mengikut rapat Liverpool dengan hanya jarak enam mata. Ditanya sama ada Spurs akan mencabar gelaran itu, Neville berkata: ‘Tidak, saya tidak fikir begitu. ‘(Kenyataan) Itu bukan menghina Tottenham, saya tidak fikir mereka mempunyai kedalaman dan kualiti skuad. ‘Mereka adalah pasukan yang hebat, tetapi mereka tidak berada di tahap yang kita lihat pada Liverpool/City.’

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Metro UK

Post Author: Wade Wilson