Gerrard: Trio Mane, Firmino & Salah Lebih Baik Daripada Suarez, Sturridge & Sterling

Pasukan The Reds hampir sahaja mendapatkan kejuaraan liga dengan dikepalai oleh penyerang Uruguay, Luis Suarez bersama Daniel Sturridge.

Namun, Steven Gerrard berpendapat unit serangan yang dimiliki oleh Liverpool ketika ini lebih berbahaya.

Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino adalah trio serangan yang lebih bagus berbanding kelas 2014 yang diinspirasikan oleh Luis Suarez.

Liverpool hampir berjaya menebuk pingat di Liga Perdana Inggeris dengan menjaringkan 31 gol dalam musimnya yang terakhir di Anfield.

Suarez dibantu oleh Daniel Sturridge dan Raheem Sterling yang mana trio ini berjaya menjaringkan 65 gol secara keseluruhannya.

Trio ini bakal dikalahkan pada 2018 ini, apabila Salah, Mane & Firmino telah mencetak gol semula dalam kemenangan 5-0 ke atas Porto di Liga Juara Eropah yang mana ketiga mereka telah menjaringkan 63 gol secara keseluruhan, dengan baki 3 bulan untuk musim ini berakhir.

Steven Gerrard yang juga pernah bermain bersama Suarez, di tanya ketika siaran BT Sport perbandingan 2 trio dalam 2 era ini.

” Keduanya bagus. Saya boleh bandingkan bahawa Suarez dan pasukan serangan. Pasukan yang dimiliki serangan lebih baik ramuannya.”

Steven Gerrard memperincikan setiap seorang pemain yang dimiliki oleh Liverpool ketika ini iaitu Sadio Mane, Roberto Firmino dan Mohamed Salah.

“Dengan Mane anda dapat kelajuan dan betapa tajamnya menyerang. Dengan Firmino anda akan dapat sentuhan dan dia dapat mengawal bola , bantu untuk menyerang. Dengan Salah anda akan dapat keduanya dan boleh jaringkan gol. Ini ramuan yang sangat sempurna.”

Selain itu, Steven Gerrard juga menceritakan tentang bagaimana hubungan dan corak permainan trio pemain ini dalam pasukan.

“Mereka sangat bekerja keras dan sangat-sangat istimewa. Anda boleh lihat bahawa mereka tidak pentingkan diri. Tiada siapa pun yang keras kepada dalam pasukan tiada siapa yang tamak. Mereka akan hantar bola sesama sendiri.”

Mungkin itulah rahsia kejayaan pasukan Liverpool sekarang kerana semua bermain secara satu pasukan.

” Jika seorang berada dalam posisi lebih baik, mereka akan melihatnya. Mereka tahu jika mereka lakukan sebegitu, mereka akan jaringkan gol lebih banyak.”

Ketiga pemain ini telah menjaringkan gol yang agak banyak bagi Liverpool pada musim ini.

Sadio Mane telah menjaringkan 12 gol pada musim ini selepas perlawanan pusingan 16 terbaik Liga Juara Eropah yang lepas.

Roberto Firmino telah mencapai angka 21 gol pada musim ini dan bakal mencapai rekod terbaik peribadinya ketika berada di Hoffenheim.

Dan yang terbaru, Mohamed Salah telah mencapau 30 gol sejak Luis Suarez capai pada 4 tahun lepas. Ini adalah rekod terpantas kerana Mohamed Salah baru bermain dalam 36 perlawanan sahaja.

Terlalu banyak harapan dalam skuad ini dan trio ini dan Jurgen Klopp atau pasukan Liverpool tidak begitu merasakan kehilangan Philippe Coutinho yang berpindah ke Barcelona ketika ini.

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Bos LMreds