Gol Curtis Jones Meneruskan Rentak Cemerlang Liverpool Di Anfield.

Liverpool mara ke peringkat seterusnya walaupun beraksi hampir keseluruhan pemain muda dan hanya Adrian, Gomez, Lallana dan Origi sahaja pemain senior yang diturunkan pada perlawanan ini.

Gol yang dijaringkan oleh Curtis Jones adalah gol tunggal untuk mengesahkan pasukan muda Liverpool yang kelihatan bertenaga dan kelihatan seperti singa kelaparan apabila membenam musuh setempat, Everton. 

Walaupun beraksi hampir keseluruhan pemain muda, pemain kelihatan tidak menunjukkan rasa hormat walaupun sedikit kepada lawan mereka yang dibarisi skuad utama Everton.

Namun beberapa percubaan dari Everton berjaya diselamatkan Adrian yang kelihatan mantap menafikan beberapa percubaan berbahaya dari Blues.

Blues kelihatan tumpul dibahagian serangan mereka dengan beberapa percubaan tersasar walaupun berkali-kali mempunyai eluangp besar untuk menjaringkan gol.

Aksi sulung dari pemain baru Liverpool, Takumi Minamino yang beraksi di disamping Origi dan Elliott dibahagian serangan.

Dari segi aksi beliau, mungkin beliau masih cuba menyesuaikan diri dengan corak pantas dan fizikal bola sepak Inggeris tapi tidak lah teruk aksi dari beliau.

Dengan kemenangan ini, Liverpool layak ke peringkat keempat Piala FA Cup dan undian penuh peringkat keempat FA Cup akan berlangsung pada 6 Januari 2020.

 

Admin :

Walaupun pengalaman dan umur mereka muda tapi mereka memberikan saingan kepada pasukan senior pasukan lawan cuma beberapa kelemahan perlu diperbaiki pasukan muda Liverpool ini untuk terus memberikan saingan untuk memenangi piala ini.

Siapa pilihan MOTM anda? Kongsikan bersama kami. 

Post Author: Nazz Adam