“Gol Galore” Di Anfield Namun 3 Mata Akhirnya Milik Liverpool FC

Perlawanan yang rancak dan amatkan mendebarkan menyaksikan 7 gol terhasil dari perlawanan ini, namun 4 gol adalah milik Liverpool.

Jurgen Klopp merombak barisan kesebelasan utamanya disebabkan kecederaan terhadap Trent dan juga Wijnaldum, menyaksikan Naby Keita diturunkan dan James Milner bermain di bek kanan.

Liverpool memulakan perlawanan dengan agak garang sebenarnya, dengan satu peluang terhidang pada minit ke 7 menerusi hantaran terus Milner kepada Matip yang berada di dalam petak penalti Palace namun Speroni berjaya menepis sepakan untuk sepakan sudut.

Minit ke 12 pula, giliran Firmino melepaskan diri dari kawalan pertahanan Palace dan disusuli dengan rembatan ke gol namun tinggi melewati palang.

Sadio Mane pula mendapat peluang pada minit ke 21 menerusi sepakan sudut namun tandukan beliau tepat ke dakapan Speroni.

Liverpool meneruskan lagi percubaan ke gol dalam minit ke 29, tetapi tandukan Matip keluar dari gol Palace dan satu lagi percubaan oleh Van Dijk sedikit tinggi pada minit ke 31.

Namun ia tidak bermakna Palace hanya berdiam diri, dan satu serangan mengejut dari Zaha melepasi kawalan Milner, melakukan satu cutback pass dan Townsend yang tidak dikawal terus merembat kencang menewaskan Alisson untuk Palace mendahului pada minit ke 34.

The Reds seolah olah hilang punca untuk melancarkan serangan dek kekentalan pertahanan Palace dan ianya berkekalan hingga wisel rehat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Liverpool seolah olah mendapat nafas segar semula apabila menyamakan kedudukan ketika perlawanan hanya berlangsung 50 saat.

Bermula dengan rembatan Van Dijk yang terkena benteng Palace, Mo Salah melakukan larian ke gol untuk menguis sedikit bola tersebut melepasi jangkauan Speroni.

6 minit kemudian, akhirnya Liverpool mendahului buat pertama kali dalam perlawanan apabila Firmino berjaya melepasi kawalan pertahanan Palace di sebelah kanan dan akhirnya melepaskan rembatan yang terkena pemain Palace dahulu sebelum menerjah masuk.

Perlawanan berlangsung dengan penguasaan 72% oleh Liverpool, namun sekali lagi Palace membuktikan mengapa mereka tidak harus dipandang enteng terutama dari segi situasi bola mati.

Bermula dari sepakan sudut, James Tomkins melonjak tinggi melepasi Fabinho dan Van Dijk untuk menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke 65.

Melihatkan situasi itu, Klopp segera mengeluarkan Keita dan memasukkan Shaqiri bagi menambahkan sengat serangan.

Liverpool berjaya lagi mendahului pada minit ke 74, apabila hantaran jauh Fabinho menemui James Milner yang melakukan satu hantaran mengelirukan Speroni yang tertampan bola ke arah  gawang dan Mo Salah segera menguis bola tersebut ke dalam gol.

Palace seolah olah tidak mengalah, dengan satu sepakan percuma dari sebelah gawang Liverpool tepat ke kepala Schlupp namun sipi dari gol Liverpool.

Fabinho dilihat mengalami kecederaan pada minit ke 85, dan segera dikeluarkan untuk Adam Lallana.

Nasib Liverpool untuk 3 mata seolah olah tergantung apabila kehilangan khidmat James Milner pada minit ke 88 apabila beliau diarahkan keluar padang akibat layang kad merah disebabkan menerima kad kuning kedua dalam perlawanan.

Kehilangan Milner bukan bermakna Liverpool hanya bertahan, malah terus menyerang dengan satu peluang yang diperolehi pada minit ke 89 menerusi larian dari tengah padang gagal disudahi beliau di hadapan gol.

Di masa kecederaan, Liverpool akhirnya berjaya menjarakkan jurang gol apabila kuisan Robbo tepat menemui Mane yang melakukan larian dari sisi padang dan akhirnya disudahkan dengan gol keempat pada minit ke 92.

Tetapi dalam jarak 3 minit itu, Palace berjaya merapatkan lagi kedudukan menerusi Max Meyer yang melepaskan rembatan menewaskan Alisson dalam masa ke 94.

Meskipun Palace cuba untuk melakukan usaha terakhir dengan gol keempat namun masa amat mencemburui perlawanan ini untuk memberikan Liverpool 3 mata berharga hari ini dengan jaringan 4 – 3.

ADMIN

Kelegaan buat semua penyokong Liverpool malam ini. Betul?

Apapun YNWA.

Post Author: Mohd Nuruzzaman