Gosip Perpindahan : Alberto Moreno Menjadi Sasaran Barcelona Untuk Penambahan Bek Kiri

Khabarnya Barcelona berminat untuk mendapatkan khidmat Moreno pada pembukaan semula jendela perpindahan Januari 2019 depan. Selain Moreno, terdapat satu lagi nama iaitu Nacho Monreal.

Juara La Liga itu telah menjual Lucas Digne ke Everton pada jendela perpindahan baru ini, dengan meninggalkan Jordi Alba sebagai satu-satunya bek kiri senior dalam skuad.

Walaupun Barca telah mempunyai pemain muda seperti Marc Cucurella dan Juan Miranda, untuk berada di sekitar skuad utama, Ernesto Valverde mahukan pilihan yang lebih berpengalaman.

Dengan itu, Mundo Deportivo melaporkan Barca berkemungkinan akan mendapatkan bek kiri baru pada Januari ini, bagi memberikan persaingan kepada Alba.

Atas sebab itulah nama Moreno dan juga Monreal dikaitkan, dengan kedua-dua pemain tersebut dilihat lebih cenderung untuk membuat perpindahan.

Yang mana Moreno kini menjadi pilihan kedua di Liverpool, selepas Andy Robertson berjaya merebut tempat bek kiri akibat daripada kecederaan yang dialami oleh Moreno musim lepas.

Dan peluang tersebut tidak disia-siakan Robbo dengan menggunakannya sebaik yang mungkin, atas sebab persaingan tempat utama begitu sengit di Liverpool.

Andai terkeluar, peluang ternyata sukar untuk diperolehi semula.

Malah Moreno 26 tahun, hanya sekadar menjadi pengganti yang tidak digunakan dalam tiga perlawanan terakhir Liverpool setakat ini.

Admin :

Khabar angin .. 🙄

Liverpool pun kekurangan bek kiri. Dengan jadual yang padat untuk ditempuhi bulan September sehingga awal bulan Oktober ini, khidmat Moreno amat diperlukan.

Nah !
Dalam tempoh 23 hari, Liverpool FC bakal bertemu Tottenham Hotspur, PSG – Paris Saint-Germain, Southampton FC, SSC Napoli, Manchester City dan pertembungan 2 kali dengan Chelsea Football Club. 😬😬😬

Baru 4 perlawanan ditempuhi Liverpool setakat musim ini, masih banyak lagi yang bakal menjelang tiba.

Sangat berharap Moreno tidak ‘sakit belakang’, huhuhuhu. Kerana penawar, hanya terdapat di Camp Nou.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Mirror

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds