Halatuju Perpindahan Liverpool : Temuramah Dengan Wartawan Liverpool Echo

James Pearce merupakan salah satu wartawan yang boleh dipercayai sebaris dengan Paul Joyce, Chris Bascombe dan beberapa nama lain.

Kredibiliti wartawan ini sangat mengagumkan dan setiap apa yang diperbincangkan seolah-olah terjadi berikutan penglibatannya secara terus dengan kelab Liverpool.

Bahkan wartawan ini, mempunyai akses dan ‘maklumat dalaman’ daripada kelab itu sendiri.

Liverpool Echo (akhbar utama di Liverpool) telah menemuramah semula koresponden Liverpool ini dan ianya dimuatnaik dalam Facebook. Videonya adalah seperti di bawah:

Ringkasan temuramah itu adalah seperti berikut:

Adakah Wang Pembelian Virgil Van Dijk Adalah Wang Penjualan Philippe Coutinho?

Van Dijk dibeli bukan menggunakan wang penjualan Philippe Coutinho. Wang penjualan Philippe Coutinho akan digunakan untuk pembelian pemain yang baru dan ianya tidak akan diletakkan sahaja di dalam bank semata-mata.

Sebab utama mengapa wang penjualan Coutinho tidak digunakan, bukanlah disebabkan ianya digunakan untuk pembelian Van Dijk.

Tetapi, ternyata Jurgen Klopp tidak mahu menggunakan wang ini hanya untuk berbelanja sahaja (bermaksud Jurgen Klopp tidak mahu membazirkan wang jika pemain itu terlalu mahal atau tidak sewajarnya).

Bagaimana Situasi Thomas Lemar dan Liverpool?

Ianya menjadi lebih kompleks disebabkan Arsenal mahu turut mendapatkan pemain ini. Pada asasnya, Liverpool beranggapan dapat mendapatkan pemain ini setelah Coutinho berjaya berpindah ke Barcelona.

Ketika ini perpindahan ini terhenti seketika (pendapat James Pearce).

Dalam masa yang sama, pada pandangan Jurgen Klopp tidak merasakan pemain ini pada harga 90 juta pounds. Tidak pasti lagi siapakah pengganti pemain ini.

Bagaimana Situasi Daniel Sturridge?

Sebelum ini, ianya seakan Daniel Sturridge akan keluar daripada Anfield. Namun, ketika ini, disebabkan tiada sebarang perkembangan, ianya menjadi 50/50.

Sturridge tidak mahu ke Inter atau Itali. Daniel Sturridge mahukan Sepanyol. Dalam masa yang sama , Sevilla masih tidak melakukan sebarang bidaan rasmi walaupun diketahui pasukan itu berminat dengan pemain ini.

Ketika ini, Daniel Sturridge berlatih dengan baik dalam beberapa hari dan Jurgen Klopp berkemungkinan mahu memanggil pemain ini semula dalam perlawanan West Brom nanti.

James Pearce berpendapat bahawa pemain ini tidak patut diual sekiranya Liverpool tidak berjaya membawa masuk mana-mana pemain memandangkan Liverpool masih memerlukan ‘squad depth’ dalam pasukannya.

Mengenai Struktur Gaji Yang Menghalang Pembelian Pemain Elit?

Memandangkan Virgil Van Dijk salah seorang pemain yang elit di posisinya, struktur gajinya (dilaporkan 175,000 pound seminggu) tidak menjadi masalah kepada pasukan.

Jika seorang pemain yang elit seperti Sanchez contohnya, ianya bukan menjadi satu masalah yang besar berdasarkan situasi kelab sekrang.

Namun, terdapat beberapa perkara yang akan memberi efek kepada moral, umur dan pasukan secara keseluruhannya seperti mana yang ditonjolkan dalam perbincangan kontrak Emre Can.

Pemain itu mahukan ‘release clause’ dan Liverpool tidak mahu tunduk atas permintaan seseorang atau pemainnya sendiri.

Memberi ‘release clause’ akan memberi efek yang buruk kepada pasukan dan kewangan Liverpool.

Adakah Liverpool perlu menunggu hingga Musim Panas untuk menggantikan Philippe Coutinho?

Pada pendapat korespon Liverpool ini, salah satu sebab mengapa tiada pembelian penggantian Philippe Coutinho disebabkan tidak banyak perlawanan yang bakal dihadapi oleh Liverpool selepas ini (memandangkan musim telah bergerak ke separuh musim dan hanya tinggal 4 bulan sahaja).

Walaubagaimanapun, ianya satu perjudiaan dan kita dapat lihat banyak musim kita sering ‘memperjudikan kejayaan’ hanya kerana tidak membeli pemain.

Bagi pendapat James Pearce, Liverpool perlu mendapatkan pilihan tambahan (pembelian pemain).

Sebagai contoh dalam perlawanan Swansea, Lallana perlukan masa (termasuk Ings).

Walaubagaimanapun, melalui perpektif Klopp, dirinya mahu untuk menunggu seperti mana yang ditunjukkan kepada penantian mendapatkan Virgil Van Dijk dan Naby Keita. Ianya termasuklah mendapatkan pengganti Coutinho.

Da

Masa Depan Danny Ings Di Liverpool?

Jurgen KLopp mahu memberikannya peluang kerana beranggapan Danny Ings adalah pemain yang mungkin boleh menjadi pilihan tambahan kepada Liverpool.

Kecederaan yang lama menggangu takrifan pegurus ini, namun, ianya adalah salah satu pemain yang bagus di bawah Brendan Rodgers juga bermain sangat bagus sebelum ini.

Ramai mengatakan Ings adalah pilihan yang sempurna dan sangat sesuai dengan sistem Jurgen Klopp tetapi malangnya pemain ini tidak dapat menunjukkan kualitinya disebabkan kecederaannya.

Ketika ini, Jurgen Klopp sangat kagum dengan pemain ini ketika latihan dan memberi peluang untuk pemain ini menggantikan Roberto Firmino.

Jurgen Klopp merasakan pemain ini tidak akan dipinjamkan ke kelab lain dan akan diturunkan atau menyumbang kepada Luverpool.

James Pearce mahukan pemain ini memberi petanda memandangkan pemain ini mempunyai banyak kualiti sebagai seorang penyerang.

Bagaimana Menangkis Pendapat Peminat Yang Negatif Kerana Tiada Sebarang Aktiviti Perpindahan?

Ketika ini banyak perkara yang negatif berlegar-legar disekiling kita. Sesetengah peminat berani mengatakan ‘Liverpool aakan kalah dengan Swansea’ walaupun baru sahaja menewaskan pasukan terbaik di liga minggu lepas. Ianya terlalu negatif.

Prestasi Swansea sangat buruk dan seri mungkin memberi satu anjakan kepada pasukan itu. Liverpool kelihatan sangat menurun prestasinya berbanding prestasi biasa dalam perlawanan itu.

Ketika ini, Liverpool masih berada dalam musim yang agak baik dan mempunyai banyak perlawanan dan piala untuk dipertandingkan (perebutan spot untuk Liga Juara Eropah, Liga Juara Eropah peringkat kalah mati dan Piala FA).

Apa yang dibuktikan adalah sesuatu yang luar biasa ketika ini. Namun setelah melihat kepada prestasi perpindahan pasukan lawan, mungkin anda tidak boleh menafikan penglibatan Arsenal dalam perebutan ini kerana setelah perpindahannya (Sanchez) mereka akan menjadi ancaman semula.

United mendapatkan Sanchez, Chelsea mahukan Dzeko.

Peminat mahukan muka baru setelah melihat pasukan lain membeli pemain. Dan peminat mahu Liverpool menandatangani pemain yang diingininya.

Pendapat ini mungkin akan berkurangan, jika Liverpool berjaya menewaskan West Brom.

Mengapa Liverpool tidak mengambil Aubemayang?

James Pearce merasakan Jurgen Klopp tidak berapa menyukai pemain ini.

Jika Jurgen Klopp mahukan pemai ini, nescaya Liverpool boleh untuk mendapatkan pemain ini sebenarnya. Liverpool ketika ini lebih ‘bersinar’ berbanding Arsenal.

Walaupun terdapat banyak khabar angin mengenai pemain ini, namun, apabila pemeriksaan yang dilakukan, tiada sebarang minat yang serius bagi Liverpool untuk mendapatkan pemain ini. Liverpool tidak merasakan Auba adalah jawapan kepada skuad Liverpool.

Tidak hanya disebabkan umur, gaji dan yuran perpindahan semata-mata (jika dilihat kepada umur, gaji dan yuran untuk mendapatkan Aubameyang agak tinggi).

Tetapi Jurgen Klopp mungkin mengetahui luar dan dalam pemain itu dan ianya menunjukkan betapa Jurgen Klopp tidak mahukan pemain itu.

Sebagai contoh, ketika Mkhitaryan berpindah ke Man Utd, Jurgen Klopp ditanya, mengapakah Liverpool tidak mendapatkan pemain ini. Jurgen Klopp menyatakan tentang bahawa dirinya tahu apakah yang boleh dilakukan oleh pemain itu dan apa yang tidak boleh dilakukan. Disebabkan itu, Jurgen Klopp tidak mahukan pemain itu.

Melihat kepada perkembangan Mkhirtaryan di United, ianya seolah pilihan yang tepat.

Ketika ini, Aubameyang mempunyai banyak siri kejadian yang menunjukkan tahap disiplin, perwatakan dan gagal untuk datang ke mesyuarat.

Kita mengetahui bahawa Jurgen Klopp pentingkan tahap disiplin dan mungkin akan berang dengan tindakan itu. Ini mungkin salah satu sebab mengapa Jurgen Klopp tidak mahukan pemain ini.

Adakah Liverpool akan membeli penjaga gol seperti Oblak pada harga 80 juta?.

Ini agak pasti Liverpool pasti membeli penjaga gol pada hujung musim nanti.

Jurgen Klopp pernah ditanya adakah dirinya akan membelanjakan untuk mendapatkan pemain yang bertaraf terbaik bagi posisi penjaga gol. Jawapannya dirinya akan mencari penyelesaiannya.

Apa yang mustahak ketika ini, Jurgen Klopp memberi ruang kepada Karius untuk membuktikan dirinya sehingga hujung musim ini.

Jika Karius bermain dengan baik dan menafikan apa yang diperkatakan oleh peminat, maka Mignolet mungkin akan keluar (kerana Mignolet tidak mahu menjadi penjaga gol kedua) dan mungkin penjaga gol kedua akan dibeli (jika Danny Ward tidak berprestasi tinggi).

Jika Karius tidak dapat buktikan, James Pearce berpendapat Liverpool akan membelanjakan wang untuk mendapatkan penjaga gol terbaik. Adakah Liverpool akan membelanjakannya?

Sila lihat bagaimana Virgil Van Dijk dan kehadirannya memberi impak kepada pasukan jika anda berasa terlalu banyak terhadap yuran perpindahannya.

Oblak adalah satu nama, dan satu lagi Allison.

Bagi situasi Allison, AS Roma merasakan Mohamed Salah dijual pada harga yang rendah, dan pasti AS Roma mahukan harga tertinggi untuk penjaga gol ini.

Adakah Liverpool mahukan Nabil Fekir?

James Pearce baru sahaja melihat kepada pemain ini dan ternyata mempunyai kualiti yang sangat besar.

Ketika ini, Liverpool tidak berminat langsung kepada pemain ini.

Pada masa akan datang kita tidak pasti dan pemain ini mungkin berada dalam radar jika terus konsisten.

Situasi Marko Grujic Di Liverpool?

Pemain ini masih dalam perancangan Liverpool pada masa akan datang.

Pada asasnya, jika ada pemain yang berpindah ke luar untuk pinjaman, pasti pemain itu bakal dijualkan. Bagi Grujic, ianya berbeza.

Jurgen Klopp sangat menyukai pemain ini kerana merasakan pemain ini mempunyai bakat dan sangat muda.

Dimasukkan dalam pasukan bawah 23 Liverpool, ianya terlalu kecil bagi pemain itu. Pemain ini masih boleh mendapat peluang di pasukan ini dan ianya adalah satu perpindahan yang bagus dengan pasukan yang bagus di liga bawahan.

Jurgen Klopp mungkin akan meninjau dengan rapat pemain ini dan mendapatkan banyak maklum balas daripada Warnock (pengurus Cardiff City) serta mahu mengetahui bagaimana prestasi pemain ini.

Pemain ini pasti akan pulang ke pasukan untuk pra-musim dan menunjukkan kualitinya nanti.

Situasi Harry Wilson Pula ?

Agak pelik seperti mana Grujic. Pemain ini terlalu kuat untuk bemain dalam pasukan bawah 23 tahun kerana mampu untuk menggelecek atau menjaringkan gol ketika ini.

Satu isu adalah kontraknya.

Pada waktu ini, pemain ini begitu berat untuk melanjutkan kontraknya walaupun Liverpool mahukan pemain ini memperbaharui kontrak sebelum berpindah (pinjaman).

Critchey, merasakan ini adalah 3 daripada pemain yang mungkin akan berpindah untuk pinjaman (mungkin Woodburn, Ejaria, Grujic).

Ianya agak sukar untuk pemain ini menembusi kombinasi Liverpool ketika ini dengan Mane/Salah/Firmino dan tambahan Lallana telah kembali.

Liverpool masih mahukan pemain ini untuk menandantangi kontrak kerana masih berharap kepada pemain ini.

Bagi situasi pemain berusia 20 tahun ini, masa semakin suntuk untuk dirinya.

James Pearce berharap agar pemain ini boleh berpindah secara pinjaman ke luar dan menunjukkan kualiti yang dimilikinya seperti mana Grujic pada para-musim nanti.

Situasi Yan Dhanda Untuk Pasukan Utama?

Agak sukar untuk pemain ini dengan pemain utama berada lebih baik daripadanya.

Sangat baik bermain menentang Charlton pada perlawanan lepas.

Yan Dhanda adalah pemain ‘fast track’ berpindah daripada bawah 18 tahun ke bawah 23 tahun. Pemain ini masih mempunyai masa yang banyak.

Agak pasti pemain ini tidak akan diturunkan pada musim ini untuk melakukan debut. Namun, mungkin seawalnya pada musim hadapan dalam perlawanan piala untuk pusingan awal.

Kesimpulan

James Pearce memberi pendapat berdasarkan apa yang berlaku dan situasi yang berlaku dalam kem Liverpool melalui maklumat yang diterimanya dan bukan andaian semata-mata sahaja.
Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Related posts