Hari Ini Dalam Sejarah : Barcelona 1 Liverpool 2

Genap 11 tahun skuad Liverpool kendalian Rafa Benitez kembali dari Nou Camp dengan kemenangan bermakna.

Secara peribadinya, ianya mungkin kepuasan peribadi serta kenangan terindah  seterusnya buat Rafa Benitez setelah membawa Liverpool menjulang kejuaraan UCL pada 2005 dan Piala FA pada 2006.

Secara kebetulan semuanya bermula dengan keadaan yang huru hara dengan malam sebelum perlawanan, Craig Bellamy dilaporkan menyerang John Arne Riise dengan kayu golf selepas menolak sesi karaoke bersama.

Bukan sesuatu perancangan yang ideal dengan pertemuan penting dengan juara bertahan UCL ketika itu.

Namun pada tarikh 21 Februari 2007, Liverpool berjaya melupakan insiden itu apabila membuatkan 88,000 penyokong Barcelona senyap dengan kemenangan 2 – 1 ke atas kelab gergasi Spain itu – dan secara kebetulan jaringan itu dilakukan oleh Riise dan Bellamy!

Dan hari itu juga adalah di mana Alvaro Arbeloa melakukan penampilan pertama yang membuatkan pemain muda mereka ketika itu, Lionel Messi lebih senyap sepanjang perlawanan serta gelagat Craig Bellamy yang meraikan gol seperti memukul bola golf.

Ketika itu, Barcelona adalah juara bertahan di mana pasukan tersebut dibarisi bintang ternama seperti Ronaldinho, Messi, Deco dan Iniesta.

Namun gergasi Catalan itu terpaksa akur dengan kekalahan pertama ke atas Liverpool di halaman mereka sendiri.

Berikut adalah video highlight perlawanan tersebut. Mohon maaf jika kualitinya kurang.

ADMIN

Liverpool berjaya ke perlawanan akhir UCL musim itu namun tewas kepada Milan dengan jaringan 2 – 1.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman