Harry Wilson Menandatangani Kontrak Jangka Masa Panjang Yang Baru Bersama Liverpool

Harry Wilson telah menandatangani kontrak jangka masa panjang yang baru bersama Liverpool.

Pemain Wales, penjaring gol terbanyak untuk Liverpool U23 yang menyertai akademi di peringkat U9 lagi, meletakkan tandatangannya ke perjanjian bertulis tersebut pada hari Selasa.

Bercakap kepada Liverpoolfc.com sejurus selepas itu, pemain berusia 21 tahun itu berkata, beliau begitu gembira sekali untuk menandatangani perjanjian baru ini.

Selepas mendapat tawaran, Wilson begitu mendesak untuk memeterainya supaya beliau dapat menandatanganinya pada awal musim kerana beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada bermain bola sepak.

Dan akhirnya menjadi kenyataan seperti yang diharapkannya, jadi beliau boleh fokus dalam permainan dan cuba untuk mengkagumkan kelab.

Wilson kembali ke Liverpool untuk memulakan latihan pra-musim minggu lalu, selepas beliau dipinjamkan kepada Hull City pada separuh kedua musim 17/18.

Mengenai sasarannya untuk musim depan, beliau berkata, tumpuannya kini lebih terarah kepada sasaran jangka pendek, yang mana beliau akan terus berusaha menarik perhatian hati pengurus, ketika menjalani latihan dan dalam setiap minit perlawanan pra musim yang beliau sertai. Itu tekad utama beliau, untuk menarik perhatian Klopp mengkagumi beliau.

Beliau juga berkeinginan tinggi untuk terus berusaha menjaringkan gol, memberi ‘assist’, membantu pasukan meraih kemenangan. Dengan cara itu beliau tidak akan terlepas jauh dari mata Klopp.

Hanya di perlawanan pra musim ini sahaja, bagi Wilson jika beliau beraksi dengan cukup baik, segala-galanya akan menjadi mudah dan bergerak dengan sendirinya.

Tugas utama beliau kini untuk menarik minat Klopp supaya mempercayai bakatnya, dan itu yang menentukan masa depan Wilson dalam kesebelasan utama pasukan Liverpool musim 18/19.

Admin :

Rata-rata kita sudah sedar akan kehebatan dan ketenangan yang ditunjukkan oleh bekas kapten U23 ini.

Demikian, ‘highlight’ aksi Harry Wilson sepanjang beliau di Hull City.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool FC

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds